14 Mac 2017

Guna Perkhidmatan UBER



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siapa yang pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam? Aku merupakan salah seorang pengguna pengangkutan awam. Walaupun kini sudah mempunyai motorsikal sendiri ,kadang-kadang aku suka mencuba perkhidmatan yang telah disediakan. Bukan kerana banyak wang , tetapi ia lebih memudahkan berbanding kenderaan sendiri.

Kali ini aku nak bercerita tentang UBER. Ya , aku telah memilih UBER untuk beberapa perjalanan ke destinasi yang aku ingin tuju. Ada beberapa kelebihan yang aku suka tentang UBER. Pertama adalah kecepatan pemandu untuk menjawab "request" daripada pengguna.
Sememangnya jika aku menggunakan UBER , aku sedang mengejar masa. Alhamdulillah ,setakat ini , semua pemandu UBER yang telah aku naiki sangat menepati masa. Ianya agak berbeza dengan perkhidmatan lain.
Kedua, jumlah harga yang lebih murah. Aku bersetuju bahawa walaupun UBER tidak "tetap" tetapi harganya jauh lebih murah berbanding teksi.Contohnya pagi tadi , ketika aku sampai di stesen bas Shah Alam, aku perlu ke rumah sewa yang terletak di seksyen 17. Kalau menaiki Grabcar, ianya berharga dalam lingkungan RM13-RM15. Manakala jika menaiki teksi ianya adalah RM15-RM18 juga perlu di naikkan sekali ganda kerana ianya waktu malam.

Manakala dengan menggunakan khidmat UBER ianya jauh lebih murah iaitu tidak sampai RM10.00.  Itu merupakan salah satu sebab utama aku memilih UBER buat masa ini. Kadang-kadang , aku juga menggunakan perkhidmatan GrabCar tetapi ianya mengikut masa dan kesesuaian juga.

Menggunakan perkhidmatan teksi? Mungkin ianya adlah mustahil buat masa sekarang , kerana aku agak fobia dengan teksi , ada kes pernah berlaku suatu masa dahulu. Mungkin jika aku benar-benar terdesak dan juga ketika itu hanya teksi sahaja yang ada , aku akan menggunakan teksi. Mungkin?

Bagaimana dengan anda?




6 ulasan:

  1. elsa tak pernah pakai uber dan grabcar tu. tapi elsa tahu diorang nie bagus elsa dengar dari kawan2 yang berpengalaman naik uber dan grabcar mereka kata jauh lebih murah dari teksi. In Shaa Allah satu hari nak cuba naik uber hehe

    BalasPadam
  2. Sally mmg guna Grab dengan Uber, everyday! hahahaha...sbb g keja balik keja kan...plus takde bas kat kawasan office...so, senang naik Uber atau Grab...sbb jauh lebih murah dari teksi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke? haha , alhamdulillah , lebih murah , lebih berbaloi.

      Padam
  3. Tak pernah guna lagi Grab atau uber.. Salam perkenalan dari www.mamajue.com

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.