31 Mac 2017

Jelajah Permata Seni di Melaka 1





Pada 21 hingga 26 Mac yg lalu, aku telah mengikuti program tahunan Permata Seni. Jika anda mengikuti blog ini , pasti anda akan lihat pada tarikh-tarikh berikut tiada entri di blog ini.
Apa itu Permata Seni?


Permata Seni merupakan satu program anjuran Program Permata di bawah naungan Datin Seri Rosmah Mansur. Ianya bertujuan untuk memupuk seni yg ada dalam diri kanak-kanak.                        
Siapa yg boleh sertai Permata Seni?
Permata Seni boleh disertai kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 17 tahun. Permata Seni terbahagi kepada tiga , iaitu Permata Seni Tari, Permata Seni Koir dan juga Permata Seni Muzik. Permata seni tari dan koir diletakkan di bawah JKKN manakala Permata Seni Muzik di bawah Istana Budaya.                        
Untuk mereka yg mengikuti entri sebelum ini , aku ada cerita tentang ketika aku praktikal di Istana Budaya. Setelah selesai, aku diajak untuk sertai program jelajah ini.Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju sahaja kerana ianya merupakan peluang yang sangat tidak ternilai.                        
Lagi pula , aku sudah lama tidak bercuti , jadi aku anggap program ini seperti "bercuti". Walaupun ketika aku mengikut program ini aku mempunyai kelas, aku terpaksa ponteng sahaja kelas yg ada. Kerana aku memikirkan peluang ini.

Sekian. 

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.