23 Mac 2017

Keputusan Final Exam Semester 4



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah hampir sebulan result dah keluar , kini baru aku bernyawa dan termotivasi untuk menceritakan kisah keputusan final exam bagi semester lepas. Secara keseluruhannya , aku bersyukur kerana tiada subjek yang gagal. Syukur dan puas dengan segala usaha yang telah diberikan.
Aku juga redha dengan ketentuan Ilahi. Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan keputusan terburuk yang pernah aku dapat sepanjang pengajian aku di UiTM. Bermaksud , daripada diploma hingga sekarang , ini lah result yang paling teruk pernah aku dapat.
Aku tidak menyalahkan sesiapa , ianya adalah kerana diri sendiri, aku sendiri yang tidak berusaha dengan sesungguh sungguhnya. Selain itu , ada beberapa subjek yang kredit tinggi , manakala aku pula mendapat skor rendah bagi subjek tersebut. Jadi , aku terpaksa terima sahaja keputusan itu.  
Terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang semester 4, di mana semester itu aku perlu membuat satu recital dan juga research. Terima kasih juga kepada pensyarah dan rakan-rakan yang membantu serta mak dan ayah yang tak putus-putus mendoakan aku. 
 
Sekian.

3 ulasan:

  1. awak dah buat mana yang termampu,teruskan usaha jangan mudah putus asa,

    BalasPadam
  2. alhamdulillah nasib baik xsangkut, insyallah buat lagi baik nnti ye =)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah jangan putus asa tau :) semoga berjaya capai cita cita hehe

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.