14 Mac 2017

Lari Daripada Realiti



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Mungkin anda sedar bahawa beberapa hari yang lalu , blog aku sepi tanpa sebarang entri. Bukannya kerana aku malas untuk mengupdate blog, tetapi aku lari daripada realiti. Apakah maksudnya? Aku akan jelaskan dengan lebih lanjut dibawah.

Untuk pengetahuan semua, keluarga aku telah datang ke Bangi , iaitu rumah mak saudara aku. Ianya bertujuan untuk ke majlis perkahwinan kawan ayah aku yang diadakan di Nilai Convention Hall pada hari Sabtu , 11 Mac 2017. Tanpa melepaskan peluang yang terbuka, aku juga turut ke Bangi untuk bersama keluarga aku ke majlis perkahwinan tersebut.

Sepatutnya , selepas sahaja majlis selesai, keluarga aku akan pulang ke Kulim ,kedah iaitu kampung halaman aku , manakala aku perlu pulang ke Shah Alam , kerana minggu kuliah baharu sahaja bermula. Perancangannya sebegitu. Dengan akal dan fikiran aku, aku memutuskan tidak pulang ke Shah Alam , malah turut mengikut keluarga aku ke kampung halaman.

Aku tinggalkan dunia pembelajaran di Shah Alam dan pulang ke Kulim , Kedah sehingga hari Isnin. Isnin malam , iaitu malam semalam , aku menaiki bas untuk berhadapan dengan realiti. Kelas? Sejujurnya aku ada kelas pada pagi isnin tetapi aku ponteng sahaja. Itu adalah perbuatan tidak baik ye rakan-rakan! Walaubagaimanapun, niat aku untuk ponteng terbantut, apabila kelas itu sebenarnya di batalkan oleh pensyarah.



Setelah beberapa bulan , inilah pertama kalinya aku pulang. Kepulangan yang tidak dirancang. Nasib baik semua barang keperluan aku mencukupi. Aku kira kepulangan ini lebih menjimatkan berbanding kepulangan pada waktu lain. Ianya kerana tiada tambang untuk pulang ke Kedah, kerana aku pulang bersama keluarga, jimat sudah di bahagian itu. Manakala hanya tambang untuk balik ke Shah Alam sahaja yang perlu difikirkan.

Kini , aku berada di Shah Alam, berhadapan realiti, entah bila pula aku akan kembali ke kampung berjumpa keluarga dan juga Garfield, kucing kesayangan. In shaa Allah , akan tiba waktunya untuk aku kembali. Buat masa sekarang, aku perlu fokuskan dan kembalikan motivasi dalam diri untuk berhadapan minggu -minggu yang menanti.

Sekian. 

4 ulasan:

  1. Hidup sebagai pelajar kan, memang perlu berjimat, kadang-kadang pensyarah ni ada je nak fotostat itu ini... jangan lari lagi tau...

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.