19 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sangat rugi jika anda iaitu blogger melepaskan peluang ini. Mungkin ini rezeki anda? Lazada Birthday Sale akan berlangsung daripada 22 Mac 2017 sehingga 24 Mac  2017 sememangnya menjanjikan suatu pengalaman istimewa kerana ianya menawarkan diskaun sehingga 90%! Siapa yang kaki shopping online sudah semestinya teruja dengan sale kali ini?
Apa yang menarik , pihak Lazada juga menganjurkan 'contest' untuk para blogger dengan menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Konsep bagi hadiah kali ini ialah bergantung pada jumlah penyertaan , semakin ramai yang sertai 'contest' ini , semakin ramai jumlah pemenang.

 a. What do you love about Lazada Malaysia? 

Aku bukanlah seorang 'kaki shopping online' yang tegar. Tetapi ada juga beberapa kali aku membeli dan ketika ini sedang menunggu barang sampai ke rumah sewa. Bermula pada pembelian pertama pada tahun lepas , sehingga kini , aku rajin juga membeli belah di Lazada.



Gambar di atas adalah antara barang yang aku pernah beli di Lazada , dan juga ada barang yang masih dalam process. Alhamdulillah , semua barang yang dibeli masih boleh diguna pakai.
Jadi , kenapa aku suka beli di LAZADA?
1. Harga yang lebih berpatutan berbanding di luar.
Ya , harga barang di Lazada sangat berpatutan. Jika tiba waktu 'sale' , maka waktu itu harga menjadi sangat murah dan sangat berbaloi bagi pembeli untuk membeli barang. Ada pembeli yang menunggu waktu 'sale' untuk membeli barang. Kalau harga di kedai lain , ianya agak mahal dan jualan murah pula hampir tiada. 
2. Pilihan barang yang di jual.
Ini sememangnya diakui oleh semua orang. Pelbagai jenis barang dijual di Lazada. Hampir setiap hari aku akan membuka aplikasi Lazada untuk melihat pelbagai barang yang dijual. Setiap hari , pasti aku akan menjumpai barang baru yang menjadi minat di hati. 
3. Jimat kos dan masa.
Dunia sekarang memerlukan kita bergerak pantas dan menggunakan kemudahan yang ada. Untuk ke kedai, ianya agak merugikan kerana kita perlu menggunakan masa dan tenaga untuk ke sesuatu tempat. Berbeza dengan membeli di Lazada , kita hanya perlu memilih barang , kemudian terus beli. Sangat mudah. 
 Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

Pertamanya adalah smartphone Lenovo Vibe S1 Lite 16GB [ LINK


Aku memilih smartphone ini kerana ianya berpatutan. Dari segi harga dan juga spesifikasinya juga menepati cita rasa aku. Aku ketika ini mencari smartphone yang mempunyai kamera yg ber pixel tinggi. Selain itu , smartphone ini juga cantik dan berwarna biru iaitu warna kesukaan aku.

Keduanya adalah New Flute Clarinet Oboe 3 Leg Stand 3 Pegs Music Woodwind Portable Useful [ LINK ]


Apakah ini? Mesti ramai nak tahu. Ini adalah stand atau pemegang alat muzik. Alat ini memudahkan aku ketika sedang berlatih muzik atau ketika sedang membuat persembahan. Memiliki stand ini merupakan satu kemestian bagi semua pemain alat clarinet.

Ketiganya adalah LCFU764 Men's fashion N board leisure shoes(red) [ LINK ]


Kasut ini sangat menarik perhatian aku. Warna merahnya sangat cantik. Selain itu , harganya sangat berpatutan. Sekiranya ada peluang , tak akan aku lepas kan untuk membeli kasut ini di Lazada.



How do you think Lazada Malaysia can improve? 
- Aplikasi Lazada kadangkala lambat 
Ini merupakan satu masalah bagi aku untuk membuat pesanan. Aplikasi Lazada di smartphone pada mulanya baik sahaja, tiba waktu ini membuat pesanan , ianya kosong. Sepertinya aplikasi itu hang, tetapi apabila dibuka kembali , semuanya perlu dimulakan daripada awal. 
- Memperbanyakkan 'cash on delivery'
Aku lebih suka membeli barang dengan kaedah ini. Kerana ianya lebih selamat dan mudah. Selain itu , aku tidak suka menggunakan kaedah kad debit atau kad kredit. Di harap supaya lebih banyak barang dapat menggunakan kaedah ini. 
- Memperluaskan kawasan penghantaran barang 
 Ada beberapa barang tidak dihantar ke beberapa kawasan terutamanya kawasan luar bandar. Zaman sekarang , bukan hanya golongan yang tinggal di bandar sahaja yang membeli di Lazada, golongan yang tinggal di luar bandar juga merupakan pembeli tegar di Lazada.


What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Selamat ulang tahun ke 5 bagi Lazada. Tahniah kerana berjaya kekal menjadi peneraju dalam dunia beli belah secara online. Terima kasih kerana berjaya menjadikan hidup rakyat Malaysia lebih mudah dan senang. Rasanya macam dah lama Lazada wujud , rupa-rupanya baru 5 tahun?

Semoga Lazada terus matang dan maju!

Sekian. 

4 ulasan:

  1. Phone dengan kasut new balance tu best! hehehe. semoga ada rezeki untuk menang ya. Saya pun join juga contest ni. Good luck! :)

    BalasPadam
  2. Good luck n all the best..makin ramai yg join ni..hehe...

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.