4 Mac 2017

Praktikal Di Istana Budaya 5 : Lawatan ke Balai Seni Lukis



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Alhamdulillah, ini merupakan siri ke 5 bagi cerita tentang praktikal di Istana Budaya. Untuk pengetahuan semua , di Istana Budaya terdapat pelbagai bahagian  dan aku berpraktikal di bahagian Muzik.
Bagi sesiapa yang pernah ke Istana Budaya mahupun melalui Jalan Tun Razak berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur, pastikan akan melihat dua bangunan ikonik iaitu bangunan Istana Budaya dan juga bangunan Balai Seni Lukis Negara. 

Pada 21 Februari 2017 yang lalu , Pengarah Bahagian Muzik iaitu Encik Mustafa Fuzer telah membawa pelajar praktikal ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bangunan Istana Budaya. Seramai 11 orang termasuk staff bahagian muzik telah mengikut lawatan ini.

Jom lihat gambar.


Di kawasan lobby.




Antara koleksi gambar Allahyarham Tuan Guru  Nik Aziz


Salah satu bentuk seni yang menarik.


Potret kanak-kanak yang nampak real.


Potret Dato Siti Nurhaliza




Potret Dato Sudirman



Pelajar praktikal bersama En Hasnul


Di salah satu ruangan di dalam ruang pameran.


Bergambar bersama staff.

Secara jujurnya, aku pada mulanya hanya memikirkan bahawa Balai Seni Lukis hanya mempunyai gambar dan lukisan sahaja. Sebenarnya ada pelbagai jenis bentuk seni yang terdapat di sana. Salah satu seni yang aku sangat suka adalah bila mana penggunaan cahaya dan asap.

Selain itu , ada juga seni yang aku tak faham. Mungkin kerana aku terlampau tidak kenal seni? Yang penting , aku suka dengan semua seni yang ada. Maksud aku di sini adalah setiap seni mahupun yang kita nampak mudah atau nampak susah untuk dihasilkan adalah seni. 
 Sekian.

Cerita sebelum :-

Praktikal Di Istana Budaya 1 | 2 | 3 | 4 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.