16 Mac 2017

Restoran JM Bariani : Enak & Lazat



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapa pernah dengan JM BARIANI? Buat pengetahuan semua , ini merupakan kali pertama aku dengar nama restoran ini. Bila dengar nama , sudah pasti anda tahu apakah makanan utama yang disediakan di dalam restoran ini? Ya , sudah semestinya nasi beriyani atau di sini di panggil nasi bariani.


Restoran yang aku pergi ini terletak di Tesco Shah Alam. Mungkin ramai yang tahu bahawa Shah Alam ada dua pasaraya Tesco , restoran ini terletak di Tesco yang agak kecil. 
Macam mana aku boleh datang ke restoran ini? Ceritanya adalah ianya terjadi apabila aku dan pensyarah aku sedang mencari restoran untuk makan tengahhari. Alhamdulillah, di sebelah mesin ATM sahaja , kami memilih untuk makan tengah hari di restoran ini. 


Suasana dalam restoran yang aman , apa yang mengejutkan aku adalah baru sahaja order makanan dalam jangka masa 2 minit , makanan kita sudah sampai! Pantas sekali servis di sini. 


Makanan yang aku pesan adalah Nasi Bariani Ayam Merah bersama air sirap bandung. Alhamdulillah , rasanya sangat sedap dan berpatutan dengan harganya. Kepada anda yang tinggal di Shah Alam , atau di sekitar Lembah Kelang , bolehlah datang ke restoran ini untuk menikmati makanan enak ini.

Sekian. 

3 ulasan:

  1. Urm lama pulak CCL tak makan nasi beriani ni .. good review pada yang tsesat gi shah alam boleh try menu kat sini

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.