16 Mac 2017

Review Blog Group 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera






Tanpa membuang masa , aku menunaikan janji aku pada segmen yang berlangsung kira-kira 2 minggu yang lalu iaitu segmen review bog bertuah. Semua pemenangnya sudah diumumkan dan kini adalah masanya untuk blog-blog ini direview.

Sebelum memulakan acara , aku ingin meminta maaf jika review yang aku berikan ini tidak menepati cita rasa anda. Ianya adalah pendapat aku semata-mata dan pendapat aku tidak bermakna blog aku bagus, ianya hanyalah pendapat. Lain orang , lain pendapatnya betul tak? 



Review :-

1.  #JMBELOG




https://belogsjm.blogspot.my/

Sebuah blog menarik yang dinamakan #JMBELOG. Bagi aku sendiri , beliau merupakan blogger yang sangat rajin. Rajin dalam menukar template blognya. Selain itu , blog ini sangat ringkas. Tiada widget mengarut yang diletakkan di struktur blognya. Manakala setiap entrinya begitu memberi manfaat kepada semua pembaca.
Entri yang aku suka adalah entri https://belogsjm.blogspot.my/2017/03/selama-kita-hidup-pernah-tak-kita.html  , entri berkenaan solat yang merupakan kewajipan setiap muslim. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi , anda boleh klik pada gambar di atas untuk ke blog yang menarik ini.

2. Kisah Hidup Ku



Blog berwarna hijau ini merupakan blog yang dimiliki oleh saudari Hani Fadhlina Abdul Rahman. Warna hijau membuatkan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini terasa begitu selesa dan tenang mata memandang.  Apa yang menarik adalah 'loading' blog ini agak pantas. Bagaimana ye? Mungkin ada tips daripada tuan punya blog?
Selain itu , susunan widgetnya juga menarik dan tidak terlampau berselerak. Susunan widget memainkan peranan penting sebab ianya merupakan perkara kedua dilihat pembaca selepas membaca entri. Seterusnya , entri pilihan adalah entri http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2017/03/jatuh-tersungkur.html iaitu entri tentang bersyukur kepada Tuhan juga tentang beringat dalam menjalani kehidupan. Klik gambar di atas untuk blogwalking ke blog menarik ini.
3. JOM BERCONTEST


Bila melihat tajuk blog ini apa yang terfikir di dalam fikiran anda? Adakah blog ini blog yang dimiliki oleh seorang bernama contest? Sudah semestinya tidak. Pemiliknya adalah sama seperti pemilik blog di atas. Apa yang berbeza adalah tujuan blog. Mungkin pemilik kedua- dua blog ini mahu mengasingkan fungsi blog? Apa yang menarik adalah 'header' blog. Bagi aku , 'header' blog ini lebih menarik.
Selain itu , pelbagai warna digunakan di dalam blog ini menjadikan blog ini ceria. Aku rasa  semua entri di dalam blog ini adalah entri penyertaan sebarang 'contest' , pertandingan atau segmen sahaja? Kepada anda yang nak tahu mana-mana giveaway terbaru , bolehlah berkunjung ke blog ini. Klik gambar di atas.
4. BLOG ADIANIEZ



Sebuah blog yang menarik. Kalau lihat daripada 'header' blog,  ianya merupakan blog kepunyaan wanita. Warna pink telah dipilih sebagai tema blog ini. Blog ini telah bermula dari tahun 2009. Wow!! Sangat lama usia blog ini. Berbanding blog aku , yang hanya bermula pada 2010. Sekali lagi , blog ini tidak mempunyai widget yang mengarut. Selain itu , blog ini juga sangat ringkas.
Entri yang menjadi pilihan adalah entri ini http://www.adianiez.com/2009/04/renungan-untuk-para-isteri-suami.html , iaitu merupakan entri pertama kalau tak silap. Entri berkenaan nasihat dan juga renungan buat para suami isteri di luar sana. Kepada mereka yang ingin blogwalking bolehlah klik gambar. 
5. MAYYJIE



Blog yang di beri nama MAYYJIE ini merupakan blog yang dimiliki oleh blogger Noor Maizan. Kalau tak salah , beliau berumur 24 tahun. Bercerita tentang blog pula, blog ini sangat menarik. Kerana pelbagai saiz gambar  berada di dalam blog ini. Kepelbagaian ini membuatkan blog ini unik. Selain itu , setiap entri nya juga dihasilkan dengan cerita tersendiri. Susunan widget juga sangat teratur , sebagai contoh apabila 'bloglist' dan juga 'blog archive' di letakkan di ruangan yang sama iaitu di bawah blog.
Seterusnya, entri yang menjadi entri pilihan adalah entri https://missobsesi.blogspot.my/2016/10/ayat-sentap-untuk-bekas-kekasihex.html iaitu merupakan entri tentang ayat-ayat yang perlu diberikan kepada bekas kekasih. Entri yang sangat bermanfaat buat mereka yang telah putus cinta. Kepada anda yang ingin terjah ke blog ini , anda boleh klik gambar.
......................................................


Demikianlah review yang aku telah lakukan buat 5 blog untuk kumpulan pertama. Alhamdulillah , sukar untuk aku mencuri masa untuk melunaskan tanggungjawab mereview pemenang. Apa- apa pun jika anda mempunyai sebarang pandangan atau keritikan terhadap blog aku , bolehlah buat review tentang blog aku. In shaa Allah , segalanya akan aku perbaiki.

Kepada pemilik blog di atas, aku harap review aku dapat diterima baik. In shaa Allah , jika tidak keberatan mungkin anda boleh review kembali blog aku? Mungkin blog aku lebih buruk dan teruk berbanding blog anda semua?

Sekian , terima kasih.

* Nantikan review untuk kumpulan seterusnya... 

3 ulasan:

  1. wah..bestnya kena review...boleh blogwalking blog mereka

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. setuju je dengan semua review yang awak bagi hehe. elsa dah blogwalking diorang :)

    BalasPadam
  3. Tahniah pada yang kena review .bukan senangkan blogger lain nak curi-curi masa review blog

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.