27 April 2017

Xiaomi Redmi 4X




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini , aku nak tunjukan kepada korang , smartphone terbaru daripada Xiaomi iaitu Xiaomi Redmi 4x yang baru sahaja masuk ke Malaysia. Aku rasa harganya sangat berpatutan dan murah. Kepada anda yang berminat, boleh terus membaca.








Sumber : Mi Malaysia




Read more ...

26 April 2017

Bercuti di Rockbund Fishing Chalet , Perak.



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada tanggal 21 April dan 22 April 2017 , aku sekeluarga telah pergi ke Rockbund Fishing Chalet yang terletak di negeri Perak. Lokasinya adalah di Marina Island, bersebelahan dengan pulau Pangkor. Tujuan utama ke sana adalah bersempena program reunion kawan-kawan sekolah menengah ayah aku yang membuat program ini di situ.


Perjalanan dari Kulim , Kedah ke chalet ini mengambil masa selama 2 jam sahaja. Pada mulanya, aku ingatkan kami akan tinggal di resort cantik, ada kolam renang, bersebelahan dengan pantai yang indah. Tetapi semuanya hanyalah angan-angan sahaja. Apa yang aku dapat lihat adalah chalet yang terletak di tepi laut , tetapi bukan pantai. Ianya adalah tebing batu tinggi.


Gambar di atas adalah gambar aku bersama kakak aku yang sulung. Berlatar belakangkan pulau Pangkor. Bagi aku cuaca adalah sangat bagus. Di waktu siang , tiada angin jadi rasa terlampau panas, tetapi di waktu malam , sungguh berangin. Melepak di luar chalet pun dah rasa seronok


Selfie aku bersama adik beradik aku yang mengikut program ini.


Bergambar semasa matahari terbenam.


Di pagi hari terakhir.


Chalet


Makanan barbeku pada waktu malam.


Sarapan pagi

Program ini khas untuk rakan-rakan sekolah ayah aku. Bermakna , mereka yang berumur 50-an yang dahulunya bersekolah bersama-sama kini berjumpa kembali. Program yang dilakukan adalah barbeku bersama. Itu sahaja. Aku rasa barbeku pun sudah cukup.
Seronok melihat ibu bapa kita bersama rakan-rakan sekolah mereka menceritakan kisah-kisah ketika bersekolah dahulu. Mungkin , aku dalam jangka masa 20 tahun lagi akan membuat program sama bersama rakan-rakan sekolah aku yang dulu. Mungkin.

Sekian. 
Read more ...

25 April 2017

Midterm Studio Exam



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kalau  anda perasan , pada beberapa hari yang lalu , tiada entri di hasilkan. Ianya adalah gara-gara aku terlampau sibuk. Kalau sebelum ini , aku telah menyediakan auto publish entri untuk diterbitkan pada hari-hari yang aku sibuk tetapi kali ini aku terlampau sibuk.
Midterm studio exam pada 20 April merupakan tarikh yang perlu aku ingat. Kerana aku ada exam pada hari itu. Examnya adalah bermain 2 lagu clarinet serta akan ditanyakan beberapa scale atau nota muzik. Kepada mereka yang faham muzik ,mungkin akan tahu apa yang aku maksudkan.
Untuk persediaan exam itu , aku perlu berlatih banyak kali. Juga kelas bersama pensyarah clarinet. Selain itu , aku juga perlu fokus pada peperiksaan bagi subjek lain. Contohnya bagi subjek English. Ya! Di tahun akhir masih ada subjek english. 
Alhamdulillah , segalanya telah selesai. Kini tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum aku menyelesaikan separuh pertama tahun akhir aku. Dan jangan dilupaka bahawa di minggu akhir inilah semua orang akan menjadi tertekan. Sama ada dengan pelajaran ataupun tertekan dengan pensyarah. Semuanya sama sahaja.
In Shaa Allah , aku akan cuba untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Aku perlu menyiapkan jadual aku supaya semua kerja teratur dan tersusun. In shaa Allah.


Sekian.
Read more ...

19 April 2017

Wordless Wednesday 82 : Rush or not?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Don't rush on anything.

When time is right, 

it'ill happen.



Read more ...

Wordless Wednesday 81 : Understand



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Don''t judge my choices without understanding my reasons.


Read more ...

13 April 2017

Hadiah Giveaway Fridge Magnet Mialiana.com dah sampai !


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini aku nak cerita tentang hadiah giveaway yang baru-baru ini telah aku menang. Alhamdulillah , aku menjadi antara pemenang yang bertuah untuk giveaway yang dianjurkan oleh blogger terkenal iaitu Mialiana.com. Hadiahnya merupakan fridge magnet dari Padang Besar.
Beberapa hari yang lepas , mak aku yang berada di rumah telah memberitahu bahawa ada bungkusan khas untuk aku , rupanyaia adalah hadiah giveaway ini. Aku begitu teruja kerana dah lama tak dapat hadiah giveaway. Alhamdulillah , kiranya ini rezeki aku untuk tahun ini.
Perasaan bila menang sebarang giveaway sudah semestinya rasa sangat seronok. Tambahan pula giveaway yang kita sertai itu dianjurkan blogger terkenal , jadi kita semakin seronok. Jadi , aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger Mialiana kerana sudi menganjurkan giveaway ini.
Sekian. 

Read more ...

12 April 2017

Wordless Wednesday 80 : Hang On


Assalamualaikum dan salam sejahtera


When you reach the end of your rope,

tie a knot in it and hang on.

Thomas Jefferson


Read more ...

Wordless Wednesday 79 : Music Teacher




Assalamaualaikum dan salam sejahtera


If you can

Read This

Thank A Music

Teacher


*terima kasih cikgu suhaimee

Read more ...

Wordless Wednesday 78 : Strong or not?



Assalamualaikum dan salam sejahtera


You never know 

how strong you are

until being strong

is the only 

choice you have



Read more ...

11 April 2017

Romano Metro Pulse




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam entri kali ini , aku akan bercerita tentang minyak wangi berjenama Romano. Sememangnya aku menjadi penggemar minyak wangi Romano daripada tahun lepas. Sebelum ini , aku hanya menggunakan minyak wangi biasa yang harganya murah sahaja. Tetapi selepas aku mencuba membeli minyak wangi jenama Romano ini , baunya sangat sedap dan menusuk kalbu.


Dari segi harga , aku rasa sangat berpatutah iaitu pada harga RM30.00 sahaja. Walaupun harganya agak mahal (bagi aku) , tapi baunya telah menyebabkan aku tidak kisah pada harganya.  Untuk pengetahuan semua , minyak wangi aku selalunya akan habis dalam tempoh  6 bulan. Maksudnya , satu botol minyak wangi akan habis dalam jangka masa 6 bulan sahaja.


Minyak wangi jenama Romano pertama yang aku gunakan ialah Romano Prestige , iaitu berwarna hitam. Kali ini , aku mencuba bauan yang baru iaitu Romano Metro Pulse. In shaa Allah , lepas ini aku akan gunakan bauan yang lain pula.

Sekian, 


Read more ...

10 April 2017

Ahmad Tea : Jasmine Green Tea




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini aku akan bercerita tentang satu produk minuman teh hijau yang bagi aku sangat sesuai dengan selera aku. Zaman sekarang , ramai orang yang sudah mula mengamalkan hidup sihat dengan mengambil teh hijau sebagai minuman harian. Aku turut tidak terkecuali untuk hidup sihat dengan mengamalkan teh hijau.
Sebelum ini , aku selalunya memilih teh hijau Lipton sebagai minuman harian setiap hari. Tetapi aku tertarik apabila ada jenama teh yang bernama Ahmad Tea. Adakah ini jenama teh dari Malaysia? Atau apa? 

"Ahmad Tea is a UK-based family business, drawing on four generations of tea blending and tasting experience. Founded on a passion for the finest tea, we are dedicated to the unique place that tea drinking commands at the heart of daily life in Britain and beyond.

Ahmad Tea becomes a top 5 international tea brand and continues to grow as a family business, expanding product blends and maintaining the highest quality products across 80 countries around the world. "


Rupa - rupanya jenama ini datang dari United Kingdom! Wow! Tak sangka kan? Dari segi jenama dan websitenya, sangat boleh dipercayai. Mengenai air green tea yang aku pilih , aku memilih green tea berperisa Jasmine. Bagi aku rasanya sedap , ada rasa pahit tetapi wangi dengan bau bunga jasmine. Kepada anda yang nak cuba , boleh cari di pasaraya Giant atau boleh ke website mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

Website : https://www.ahmadtea.com 


Read more ...

9 April 2017

Video Muzik Pilihan : Siti Nurhaliza - Bimbang (2004)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Video muzik pilihan kali ini adalah daripada Dato Siti Nurhaliza dengan lagu berjudul Bimbang. Lagu Bimbang merupakan original sound track bagi filem Ada Apa Dengan Cinta. Persembahan ini adalah pada tahun 2004, iaitu 13 tahun yang lalu.

Sebelum kita memberi komen , jom lihat video dari awal sampai habis  !




Komen :-
Pertama , aku rasa terbuai-buai apabila mendengar nyanyian beliau. Setiap sebutan sangat jelas dan seketul-seketul. Bila kita dengar, kita rasa puas dengan setiap sebutan. Mengenai muzik iringan , mungkin boleh diperbaiki tetapi ianya sudah cukup memandangkan vokal yang ada adalah yang terhebat.
Susah untuk mencari penyanyi baru sebegini di Malaysia ketika ini. Satu dalam seribu. Sekali lagi aku nak beritahu, aku terbuai-buai. Bila mana DCT menyanyi, kita dapat rasa apa yang dirasakan dalam dirinya. Tentang lagu itu. Selain itu , menyanyi sambil senyum? Cantik sungguh beliau ketika ini dan sepertinya tak di makan usia. Sekarang pun masih cantik.
 Sekian.


Nota kaki : 
Rindu nak tengok Dato Siti Nurhaliza masuk Anugerah Juara Lagu. Mungkin kalau pada edisi 2002 , lagu Nirmala menang juara keseluruhan serta pada edisi 2003 , lagu Badarsila masuk ke akhir, keputusan beliau mungkin berbeza. 
Read more ...

Alam Pekerjaan vs Alam Belajar



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Beberapa hari ini , aku rasa sangat letih. Letih dari segi kurang tidur. Dalam jangka masa seminggu yang lalu , ada beberapa hari yang aku tidur lewat iaitu tidur pada pukul 4 pagi dan bangun pada pkul 7. Berapa jam sahaja yang ada untuk aku tidur?
Semuanya adalah gara-gara assignment yang bertimbun-timbun. Untuk pengetahuan anda semua , sekarang adalah di minggu yang ke 5 daripada 14 minggu dalam semester kali ini. Di waktu sebeginilah banyak kerja-kerja diberikan , kuiz, presentation dan juga persembahan perlu dilaksanakan.
Sememangnya seronok waktu belajar , sebab kita dapat rasa bagaimana menjadi pelajar. Selain itu , ianya sangat berbeza berbanding ketika sedang kerja. Pengalaman aku berpraktikal pada bulan Februari telah mengajar aku bahawa menjadi seorang pekerja adalah sangat susah kerana kena bangun awal , menempuh traffic jammed, kemudian balik lambat. Sememangnya ia pengalaman ngeri yang akan aku hadapi kelak.
Jadi , aku harap di masa sedang belajar ini , aku dapat memanfaatkan keseronokan yang takkan dapat diterima lagi apabila sudah masuk ke alam pekerjaan. Macam semester ini , dlam seminggu hanya ada satu hari sahaja yang kelas bermula awal pagi , hari yang lain bermula di sebelah petang dan membolehkan aku bangun lambat.

Sekian. 
Read more ...

8 April 2017

Alexa Rank 08.04.2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar? Alhamdulillah , aku di sini baik-baik sahaja. Di hari sabtu ini , tentu anda semua sedang beristirehat bersama keluarga kan? Alhamdulillah. Baiklah , kali ini aku nak cerita tentang Alexa Rank untuk hari ini. Alhamdulillah , ianya di kedudukan yang lebih baik berbanding ranking sebelum ini.

Global Rank

3,715,463

Rank In Malaysia

37,601

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan terhadap blog ini. Tak lupa juga kepada anda yang hanya menjadi pembaca dalam diam , terima kasih juga.

Sekian. 
 

Read more ...

6 April 2017

Pengomen Tegar Mac 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Berikut merupakan 5 blogger terhebat bagi bulan Mac 2017. Kenapa mereka terhebat? Kerana mereka merupakan pengomen tegar bagi bulan Mac 2017 di blog www.aerillhassan.com. Terima kepada anda yang tak jemu memberikan komen yang bernas di blog ini.
Anda boleh ke blog mereka dengan KLIK pada gambar , mereka merupakan blogger-blogger hebat abad ini.  
















Terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan padu kepada blog ini. In shaa Allah , di masa akan datang akan ada ganjaran buat mereka yang menjadi pengomen tegar di blog ini. Terima kasih juga kepada mereka yang lain yang sudi memberikan komen sepanjang bulan Mac 2017.

Sekian. 

Read more ...

5 April 2017

Segmen Blogwalking Janji Kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.

*Support sesama blogger

Read more ...

Alexa Rank 5.04.2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini aku agak busy , memandangkan sekarang ni sedang masuk pertengahan semester. Ya , dari pagi sampai ke malam hanya melakukan kerja-kerja dan juga assignment untuk beberapa subjek. Midterm dah semakin dekat.
Walau bagaimanapun , aku tidak melupakan blog ini ,sebagaimana yang diketahui , gambar di atas adalah ranking alexa untuk hari ini bagi blog aku. Alhamdulillah , semakin positif dan meningkat baik. Alhamdulillah.

Global Rank

3,967,260

Rank In Malaysia

45,829


Sekian , terima kasih.

Read more ...

4 April 2017

Pemenang Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi pencarian bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com. Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta pencarian ini yang sudi menyertai pencarian ini.
 Pemenangnya adalah :-

 1, 2, 6, 7, 8, 9, 10, 12, 14, 15, 17, 18, 19, 20, 21

Lihat Sini untuk check link entri anda. 


Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah sertai pencarian ini, tak lupa juga kepada anda yang masih lagimembaca dan menyokong blog ini. In shaa Allah , ada masa lagi , akan ada giveaway untuk semua pembaca. Terima kasih semua. 
Sekian.


Read more ...

3 April 2017

10 entri terbaik bagi Bulan Mac 2017.



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Ini merupakan entri pertama yang aku hasilkan mengenai ulasan sepanjang sebulan yang lalu. Sebanyak 10 entri akan dipilih daripada sebulan yang lalu , dan aku akan ulas serba sedikit tentang entri-entri tersebut. Jadi , berikut adalah entri-entri terbaik pada bulan Mac 2017.

  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/keputusan-spm-2016-ranking-sbp.html
Entri tentang keputusan SPM yang baru diumumkan. Ianya berkenaan ranking Sekolah Berasrama Penuh daripada Seluruh Malaysia. Alhamdulillah , sekolah aku berjaya membuat peningkatan drastik. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/album-baru-dato-siti-nurhaliza-2017.html
Album baru Dato Siti Nurhaliza bagi tahun 2017. Sedang giat membuat rakaman di studio , alhamdulillah. Setakat ini , semua lagu yang telah dirakam sedap didengar. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/pelekat-kenderaan-pelajar-uitm-2017.html
Entri tentang pelekat kenderaan UiTM bagi tahun 2017. Senang sahaja untuk apply dan terima. Hanya RM2.00 sahaja yang perlu dibayar. Tak perlu risau lagi kalau masuk UiTM tanpa pelekat kenderaan. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/pencarian-bloglist-april-2017-by.html
Segmen pencarian bloglist bagi bulan April. Alhamdulillah , untuk hari ini masih lagi berjalan dan akan tamat pada esok hari. Terima kasih kepada yang dah join. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html
Giveaway anjuran blogger terkenal Malaysia , mialiana.com. Alhamdulillah , aku merupakan salah seorang daripada pemenang. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/ubat-sakit-kulit-psoriasis.html
Kisah mengenai penyakit kulis psoriasis. Aku merupakan salah seorang pengidap penyakit ini. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/ayam-goreng-mcd.html
Siapa yang tak terliur melihat iklan Ayam Goreng MCD di kaca tv? 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/selesai-penghantaran-barang-lazada.html
Entri tentang penghantaran barang yang telah diorder di Lazada tempoh hari. 
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/alexa-rank-28032017.html 
Entri tentang ranking Alexa blog ini. Alhamdulillah , ada peningkatan dan penurunan. Terima segalanya dengan hati terbuka.
  1. http://www.aerillhassan.com/2017/03/restoran-jm-bariani-enak-lazat.html
Kisah makan tengahhari di restoran nasi beriani yang sedap dan enak.

Sekian sahajalah cerita mengenai 10 entri terbaik bagi Bulan Mac 2017. Alhamdulillah , awal tahun 2017 di mulakan dengan banyak khabar gembira. In shaa Allah , blog ini akan sentiasa diupdate tanpa henti. 
 Terima kasih
Read more ...

Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com




Assalamualaikum dan salam sejahtera



TAMAT


Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017.  Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.

Copy Coding





Jemput Join !!
Read more ...

2 April 2017

Hadiah Konvokesyen



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada tahun lalu , aku baru sahaja selesai bergraduasi untuk pengajian aku ketika di diploma. Alhamdulillah , aku telah mendapat Anugerah Naib Canselor pada ketika itu. Tetapi ketika itu , keluarga aku tidaklah memberi penghargaan kepada aku dan aku tidaklah meminta apa-apa sebagai ganjaran. Asalkan mereka semua ada ketika aku susah dan senang sahaja , aku rasa lebih daripada cukup.
Aku bukanlah orang yang suka meminta-minta. Tambah-tambah pula daripada keluarga sendiri. Aku sedar bahawa ibu bapa aku dah banyak berkorban demi aku , memberi wang bagi setiap bulan untuk aku belajar. Jadi , aku membalas jasa mereka dengan memberikan ANC pada mereka. Alhamdulillah.
Masuk tahun 2017 , ibu bapa aku memberikan aku sejumlah duit untuk membeli clarinet baru. Alhamdulillah. Impian aku untuk mempunyai clarinet yang baru dan sesuai dengan aku telah berjaya di capai. Walaupun bukan mereka yang membeli dan membungkus clarinet itu supaya menjadi seperti hadiah , tetapi ianya bagi aku adalah penghargaan daripada mereka untuk aku.
Ayah aku  memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun bank aku , dan aku pergi membeli clarinet di kedai muzik yang terletak di Petaling Jaya. Kalau diikutkan hati , nak sahaja aku shopping dengan dit yang ada , tetapi ianya adalah duit khas untuk clarinet. 
Jadi , di bawah adalah gambar clarinet yang telah dibeli iaitu clarinet Bb Selmer Paris Seles Prologue. Aku juga mendapat free gift iaitu stand clarinet.








In shaa Allah , dengan clarinet baru ini , aku akan berusaha seupaya mungkin untuk memajukan diri. Kalau sebelum ini , dengan clarinet yang lama , aku agak tidak bersemangat kerana clarinet aku adalah untuk beginner sahaja , tetapi kini aku sudah naikkan tahap permainan muzik aku. In shaa Allah.
Aku akan berusaha untuk membanggakan keluarga aku kerana merekalah segalanya. Di amsa aku susah, mereka yang ada di sekeliling aku, di masa aku senang , aku akan berkongsi dengan mereka. Keluarga tetap nombor satu di hati. 

Sekian. 
Read more ...