1 April 2017

21 Tahun Dunia Seni Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari ini merupakan hari ulang tahun ke 21 kerjaya seni penyanyi no 1 negara , Dato Siti Nurhaliza Taruddin. Bermula pada 1 April 1996 sehingga kini , beliau telah banyak memberikan sumbangan untuk industri seni tanah air. Untuk menghitung jumlah penghargaan yang diterima oleh beliau , semestinya jumlahnya sangat banyak.

Jadi , sebagai penghargaan untuk kerjaya seni beliau yang sudah menjangkau 21 tahun , entri ini khas untuk beliau. Aku akan berkongsi gambar daripada tahun pertama beliau menjadi anak seni , sehingga kini.

1996


1997


1998


1999


2000


2001



2002


2003

2004


2005



2006


2007


2008


2009


2010


2011


2012


2013


2014


2015


2016


2017


Melihat gambar mengikut tahun , tiada yang berubah. Beliau masih lagi Siti Nurhaliza , seorang anak kampung yang bercita-cita tinggi untuk berjaya. Beliau menjadi inspirasi untuk sesiapa sahaja , bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya. 21 tahun yang cukup bermakna.

Ratusan lagu-lagu nyanyian beliau sudah membuktikan bahawa beliau layak digelar biduanita negara. Terima kasih Dato Siti Nurhaliza kerana sehingga kini tidak jemu memberikan naskhah terbaik buat semua penggemar muzik tanah air. Terima kasih juga orang yang berada di sekeliling beliau , kerana tanpa mereka , siapalah Siti Nurhaliza. Tahniah untuk 21 tahun yang begitu banyak kenangan. Semoga 21 tahun yang akan datang , beliau masih lagi di persada seni negara.

Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.