24 Mei 2017

Wordless Wednesday 87 : Love Somebody.


Assalamualaikum dan salam sejahtera


"If you love somebody, don't let them slip away."



Read more ...

17 Mei 2017

Wordless Wednesday 86 : Don't & Just.



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Don't talk, just act. 

Don't say, just show.

Don't promise, just prove.

Read more ...

Wordless Wednesday 85 : Happy?



Assalamualaikum dan salam sejahtera


If you were happy before you knew someone, you can be happy after they're gone.

Read more ...

14 Mei 2017

Review Album Simetri Siti 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah hampir 5 hari album terbaru penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza telah dilancarkan dengan jayanya.. Dengan tajuk album 'SimetriSiti' sudah semestinya membuatkan para penggemar muzik tanah air ternanti-nantikan apakah yang akan diberikan kepada peminat. Dalam jangka masa 5 hari , terdapat pelbagai pandangan terhadap album ini , sama ada positif mahupun negatif.
Bagaimanakah penilaian anda terhadap album ini? Kini , tiba masanya untuk aku membuat review berkenaan setiap lagu di dalam album ini. In shaa Allah , review kali ini akan menitik beratkan setiap aspek.


1. Bersandar Cinta | Lirik : Ad Samad | Komposer  : Aubrey Suwito

"Setiap irama lagu, serta baris bait moga jadi azimat." 

Sebuah lagu yang menggunakan orkestra sebagai iringan muzik. Iringan orkestra membuatkan lagu ini sungguh "magik". Lagu ini sepertinya sesuai untuk filem Disney, terbayang babak di mana puteri menyanyikan lagu ini untuk putera raja, ketika majlis tarian ataupun ketika di hutan yang penuh warna warni. Penuh magis. Vokal yang sangat-sangat terkawal dan mantap!
* Terbayang cerita Frozen
 Bintang : *****
2. Penghiburku (bersama Joe Flizzow) | Lirik / Komposer : Siti Nurhaliza 
"Hari ke hari , dikau tak pernah jemu.."
Lagu ciptaan Siti Nurhaliza sendiri. Kedengaran agak moden, ada gaya macam lagu Barat. Bila tiba waktu chorus, kedengaran sangat moden. Di background macam ada bunyi marimba.Nampak gayanya macam sambungan kepada Dua Dunia , nyanyian Too Phat bersama Siti Nurhaliza.  Rap oleh Joe Flizzow boleh diterima. Tak banyak boleh dikatakan tentang lagu ini.
Bintang : ***
3. Ikrar Cinta | Lirik : Sulu Serawak | Komposer : Amirah Ali 
"Indah cahaya bulan , cantik di malam awan." 
Sweet. Ada gaya-gaya seperti lagu di dalam album Hadiah Daripada Hati. Tak menjangkakan part moden gitar. Sesuai untuk majlis perkahwinan , macam ada gaya lagu duet dalam album CTKD , Hanya Dia. Suka dengan rhythm bunyi gitar akustik. Lirik yang sesuai.
 *Terbuai-buai dengan lagu ni , sesuai untuk dengar sebelum tidur.
Bintang : *****
4. Segala Perasaan | Lirik\Komposer : Ivan Lahardika
"Tak sanggup aku , melawan rasa, segala perasaan , memang ku jatuh cinta."
Muzik intro dah sedap! Antara vokal terbaik dalam album ini. Ada gaya-gaya 90-an tapi versi moden. Teringat lagu Kau Kekasihku. Mungkin lagu ini adalah sambungan kepada lagu tersebut. Part bridge sangat-sangat best. Setuju sangat tentang lagu ini menjadi single pertama. 
* Saling menjaga dan setia , untuk selamanya.
Bintang : *****
5. Aku Bukan Malaikat | Lirik : Dian | Komposer : Opick
"Kau bisa syurga  bisa neraka , kau bisa malam , bisa siangku." 
Muzik intro kedengaran agak Indonesia. Verse 1 sangat minimal muziknya. Lirik yang sangat menyentuh. Lirik chorus yang sangat mendalam maksudnya. Lagu ini sangat kedengaran Opick. Makin lama, makin merdu, dari segi melody , ryhthm, semuanya seperti sebati. 
*suka pada minit 2.20, muziknya sangat sedap
Bintang : **** 
6. Manis Terindah | Lirik : Ad Samad | Komposer : Aubrey Suwito 
"Rinduku padamu terlalu luas duga. "
Lagu cinta yang manis. Lagu ini boleh dikatakan sangat "Aubrey Suwito". Kadang-kadang verse macam agak membosankan. Bahagian chorus pula kedengaran catchy. Part bridge merdu! Susunan muzik yang tepat.
Bintang : ***
7. Kisah Kuinginkan duet bersama Judika | Lirik/Komposer : Ivan Lahardika
" Berakhir sudah pencarian jalan cinta, berlabuh di ikatan suci kita. "
Antara lagu yang patut dijadikan single seterusnya! Bahagian verse sangat merdu. Bahagian chorus pula sangat-sangat sedap. Sempurna! Bakalan menjadi hits di Malaysia ,Indonesia, Singapura dan Brunei. Sangat setuju bila mana Dato Siti Nurhaliza nak berduet dengan Judika.
Bintang : ****
8. Tak Perlu Ragu | Lirik/Komposer : Ade Govinda
"Dari berjuta bintang yang ada, kau satu yang paling bercahaya.." 
Lagu cinta yang sangat indah! Terbayang lagu ini menjadi runut bunyi sebuah filem cinta seperti filem Heart. Bahagian chorus sangat menangkap. Beberapa kali bahagian chorus berpusing-pusing dalam kepala. Vokal Siti Nurhaliza pada lagu ini sangat indah dan manis. Sangat suka lagu ini!!
Bintang : *****
9. Kau Takdirku | Lirik : Habsah Hassan | Komposer : Mohariz Yaakup
"Di sini telah bermula semua kisah kita." 
Intro lagu ini seperti lagu Tanpa Dendam Di Hati , sangat nostalgia! Verse yang sangat rendah , teringat pada lagu Bisakah. Ada gaya-gaya 90-an! Tetapi muziknya agak moden, itu yang membuat lagu ini berbeza dengan lagu-lagu sekarang. Salah satu lagu yang patut dijadikan single seterusnya. Endingnya sangat moden.
* Rindu pada karya Allahyarham Dato Adnan Abu Hassan
Bintang : *****
10. Hiasi Duniaku | Lirik/Komposer : Sid Murshid

"Bawalah ku bersama , hiasi dunia cinta.." 
Lagu yang paling berentak moden dalam album ini. Kedengaran seperti lagu Warna Dunia. Susah juga nak dapat "tangkap" lagu ini. Lagu ini sesuai untuk tema iklan , atau tema rancangan-rancangan tv. 
Bintang : ** 
 ............................................................................
Alhamdulillah , dah selesai dengar dan review kesemua 10 lagu yang terdapat dalam album SimetriSiti ini. Semuanya adalah review ketika kali PERTAMA mendengar lagu di dalam album ini. Persepsi mungkin akan berubah jika berulang kali mendengar. Sebagai contoh , ada lagu yang kedengaran janggal di telinga , tetapi setelah berulangkali mendengar , di beri promosi dan disiarkan berulang-ulang di radio , akhirnya lagu tersebut diterima ramai.
Secara jujurnya , majoriti lagu dalam album ini berpotensi tinggi untuk berdiri dengan sendiri atau erti kata lain berjaya menjadi single yang hits. In shaa Allah.
Walau bagaimanapun , semua penggemar muzik perlu memberikan pujian pada usaha pihak Siti Nurhaliza Production dan juga Universal Music Malaysia di atas segala usaha menerbitkan album ini. Semua orang boleh memberikan pendapat, memberikan sebarang kritikan sama ada yang positif atau negatif. Tetapi hanya mereka yang bekerja dari awal proses sehinggalah tersiapnya album ini tahu tentang kerja keras di sebalik pembikinan album ini.
Tahniah di ucapkan kepada mereka yang bekerja keras di sebalik tabir pembikinan album ini. Sebagai penggemar muzik tanah air, aku cukup gembira bila mana ada artis yang keluarkan album penuh.  Ini barulah menunjukkan bahawa artis itu bersedia dan membuat pelaburan yang sangat tinggi untuk kerjaya seninya. Semuanya di atas nama SENI.
..........................................
Sangat TIDAK ADIL apabila kualiti  atau pemilihan lagu di dalam album ini di compare kan terhadap album lain , terutamanya album Transkripsi. Ini adalah kerana konsep atau tujuan keseluruhan album adalah berbeza. Album SimetriSiti ini sememangnya layak di angkat sebagai antara album terbaik DCT.

Ranking Lagu
1. Bersandar Cinta *****
2. Segala Perasaan *****
3. Tak Perlu Ragu *****
4. Ikrar Cinta *****
5. Kau Takdirku *****
6. Kisah Kuinginkan ****
7. Aku Bukan Malaikat
8. Manis Terindah ***
9. Penghiburku ***
10. Hiasi Duniaku **
Bintang bagi keseluruhan album *****/*****



Nota : Kepada anda yang tidak sependapat dengan aku berkenaan review ini ,boleh memberikan komen anda di ruangan komen di bawah. 
Read more ...

11 Mei 2017

Lirik Lagu Segala Perasaan - Dato Siti Nurhaliza


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Segala Perasaan merupakan single terbaru oleh penyanyi No 1 negara, Dato Siti Nurhaliza. L;agu yang dicipta oleh komposer Indonesia , Ivan Lahardika ini telah dikeluarkan pada bulan April yang lalu.
SEGALA PERASAAN

(Verse)

Ketika cinta
Telah bersarang
Taklukan dua manusia
untuk hanyut dalam rasa

Dan rindu datang
Setiap saat
Seolah tak mengizinkan
Sedetik untuk berpisah

(Chorus)

Dan kini aku disini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna
Tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya..

(Bridge)

Tak sanggup aku
Melawan rasa
Segala Perasaan
Memangku jatuh cinta..
Dan kini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu Kekasihku...

(Chorus)

Dan kini aku disini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna
Tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya..
 
(Verse)

Ketika cinta
Telah bersarang
Taklukan dua manusia
untuk hanyut dalam rasa



Apa pendapat anda tentang lagu ini? Sememangnya lagu ini bakal menjadi hits di seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura termasuk Brunei. In shaa Allah. 
Read more ...

Redmi 4X | Menjadi Milik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jika anda perasan , beberapa entri yang lalu ada entri berkenaan smartphone Xiaomi Redmi 4X. Mengapa aku membuat entri tersebut? Apakah kelebihan smartphone tersebut? Jadi , aku akan jelaskan segala-galanya di sini.



1.   Aku telah membeli smartphone Xiaomi Redmi 4X pada bulan April 2017. Aku beli smartphone ini di sebuah kedai di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Pada mulanya , aku tidak tahu nak beli smartphone apa , disebabkan ada pelbagai jenama dan jenis smartphone masa kini.
2.      Jadi, aku telah menetapkan bajet yang sesuai untuk harga smartphone. Kemudian , aku membut beberapa research berkenaan smartphone. Berkenaan kualiti kamera, ram dan sebagainya.
3.    Alhamdulillah, aku telah memilih smartphone ini kerana ianya menepati cita rasa aku. Walaupun pada mulanya aku lebih menyukai smartphone Lenovo, malangnya sudah tidak dijual. Jadi aku memilih smartphone ini.
Ternyata smartphone ini sangat pintar dan sangat sesuai dengan aku. Kamera yang berpixel tinggi membolehkan aku mengambil gambar dengan lebih cantik. Selain itu, pelbagai lagi ciri-ciri menarik di dalam smartphone ini menggamit minat aku.Anda boleh lihat di entri yang telah aku tulis sebelum ini. REDMI 4X

Sekian.
Read more ...

10 Mei 2017

Wordless Wednesday 84 : Pencil vs Eraser



Assalamualaikum dan salam sejahtera


"If you can't be a pencil to write anyone's happiness, then try to be a nice eraser to remove someone's sadness.

Read more ...

Wordless Wednesday 83 : Life Is Puzzle



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Your life is a puzzle, don't waste your time trying to place people where they don't fit.

Read more ...

9 Mei 2017

Motor Rosak Lagi!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari Isnin yang lalu ,motorsikal aku buat hal lagi. Rosak lagi di bahagian enjin yang membuatkan RM120 melayang. Ianya menyebabkan dompet aku hanya berisi angin sahaja. Apa perasaan anda bila dah simpan duit untuk kegunaan lain, tiba-tiba kenderaan anda pula membuat hal? Hancur berkecai hati ini.
Tapi aku bersyukur kerana ketika aku dalam kesusahan, ada beberapa insan yang sudi memberikan bantuan. Sama ada bantuan kewangan , idea, mahupun nasihat, semuanya sangat-sangat aku harapkan. Jika aku bersendirian , sudah pasti aku tak tahu macam mana nak bertindak.
Terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibu bapa aku , kepada rakan aku dan juga lain-lain yang telah membantu. Kadang-kadang aku pelik , dikala aku ditimpa kesusahan , pasti akan ada yang membantu. Sama ada aku kenal mahupun tidak kenal, mereka tetapi memberikan bantuan. 
 Di kala aku sudah putus harapan , buntu untuk memikirkan cara, pasti ada sesiapa yang datang membantu. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku pertolongan. Situasi sebegini membuatkan aku lebih bersyukur terhadap rezeki yang Engkau berikan.

Sekian. 
Read more ...

Album Baru Dato Siti Nurhaliza : Simetri Siti



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada 5 Mei 2017 telah berlangsungnya pelancaran album studio yang ke 18 oleh penyanyi No 1 negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin. Album yang diberi nama SimetriSiti ini memuatkan 10 buah lagu yang dicipta oleh komposer tempatan dan luar negara. Pelancaran album ini telah dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Penghasilan album ini bermula pada bulan April, di mana anda boleh lihat di Instagram Rozisangdewi , pengurus dan juga kakak ipar beliau, beberapa post berkenaan penghasilan dan rakaman lagu dijalankan. Ada ketikanya Dato Siti Nurhaliza ke Indonesia untuk merakamkan lagu di sana.

Senarai Lagu :-

1."Penghiburku" (bersama Joe Flizzow)Siti Nurhaliza
2."Aku Bukan Malaikat"  Opick, Dian
3."Kau Takdirku"  Mohariz Yaakup, Habsah Hassan
4."Hiasi Duniaku"  Sid Murshid
5."Kisahku Inginkan" (bersama Judika)Ivan Lahardhika
6."Ikrar Cinta"  Amirah Ali, Sulu Sarawak
7."Manis Terindah"  Aubrey Suwito, Ad Samad
8."Bersandar Cinta"  Aubrey Suwito, Ad Samad
9."Segala Perasaan"  Ivan Lahardhika
10."Tak Perlu Ragu"  Ade Govinda
Apa yang menarik, terdapat sebuah lagu yang memuatkan penyanyi terkenal Indonesia sebagai penyanyi duet. Penyanyi Indonesia itu adalah Judika. Mereka berduet di dalam lagu Kisah Ku Inginkan. Manakala bagi lagu ciptaan Dato Siti Nurhaliza itu sendiri iaitu lagu Penghiburku, ianya turut disertai penyanyi rap Joe Flizzow.

Kulit Album Eksklusif.


Walaupun pelancarannya adalah pada 5 Mei 2017, pembelian album hanya boleh didapati pada 10 Mei 2017. Walau bagaimanapun kepada peminat , anda boleh memeli secara pre order di Lazada bermula 5 Mei. Pihak Universal Muzik juga ada menawarkan 300 keping album eksklusif di mana kulit albumnya berbeza, terdapat tandatangan Dato Siti Nurhaliza juga bersama 3 keping poskad diberikan. Malangnya kesemuanya telah sold out dalam jangka masa 20 minit sahaja ketika pembelian baru dibuka.


Ihsan Utusan | Pelancaran Album

Album studio terakhir yang dihasilkan oleh Dato Siti Nurhaliza sebelum ini adalah album Fragmen pada 2014, dimana album itu diangkat menjadi album of the year. Bagaimana pula dengan album kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Lampiran video:-
Persembahan Teaser 10 Lagu
 

Di Sebalik Tabir Pembikinan Album



Sekian.

Sumber :-
Youtube SitiOfficialVideo 
Read more ...