6 Jun 2017

"Membedah" Album SimetriSiti Limited Edition



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini adalah berkenaan Album SimetriSiti Edisi Eksklusif. Untuk pengetahuan anda semua, aku merupakan salah seoarang daripada 300 pembeli bertuah yang telah berjaya mendapatkan album SimetriSiti versi istimewa iaitu dengan kulit album berbeza daripada yang biasa juga 3 keping poskad beserta tandatangan Dato Siti Nurhaliza.
Justeru itu, dalam entri ini akan aku tunjukkan kepada anda semua isi di dalam album itu. Sesungguhnya aku berasa sangat teruja apabila dapat membuka dan melihat setiap satu item yang terdapat di dalam album ini. 



Gambar di atas adalah gambar album ini. Kulit album yang sangat elegan , cantik serta vintaj. Sangat berbeza daripada kulit album Dato Siti Nurhaliza yang pernah dihasilkan sebelum ini.


Versi limited edition ini menawarkan 3 keping poskad yang cantik. Kesemuanya memperlihatkan wajah penyanyi pujaan Malaysia ini. 







Tiga gambar di atas adalah tiga keping poskad yang terdapat di dalam album ini. Sangat cantik! Kualiti gambar yang sangat menarik! Memang akan aku simpan buat selama-lamanya. Boleh dilihat di bahagian tepi setiap poskad , ada tandatangan beliau.


Gambar di atas adalah bahagian dalam album ini , setelah poskad dikeluarkan. Melihat kepada CD album ini, kelihatan sangat cantik. Dengan font tulisan SimetriSiti itu yang sangat klasik.

Seterusnya , akan aku tunjuk beberapa bingkisan yang terdapat dalam buku lirik yang diberikan.


Dimulakan dengan kata-kata madah yang sangat mendalam maksudnya.



Contoh lirik yang diberikan , Bersandar Cinta dengan gambar-gambar yang sangat menawan hati.



Apa yang menarik adalah terdapat beberapa gambar yang mempunyai caption tentang penghargaan Dato Siti Nurhaliza terhadap mereka yang telah membantu beliau untuk berada di kedudukan sekarang. Penghargaan diberikan kepada pereka busana, juru mekap , penulis lirik , komposer dan lain-lain.



Buku lirik itu di tutup dengan kata-kata ucapan daripada Dato Siti Nurhaliza sendiri.


Gambar di atas adalah kulit belakang bagi album SimetriSiti ini.

Sekali lagi , Dato Siti Nurhaliza membuktikan beliau sentiasa memberikan naskhah terbaik buat peminat-peminat beliau. Setiap buah tangan yang dihasilkan semestinya dijaga rapi dari segi kualiti dan sebagainya. Sebab itu , setiap kali Anugerah Industri Muzik berlangsung , beliau pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Semogo album ini berjaya menjadi salah satu album terbaik di Malaysia. Semoga album ini diterima ramai dan lagu-lagu di dalam album ini menjadi hits sebagaimana album-album terdahulu. In shaa Allah.


Entri berkenaan :  Review Album SimetriSiti 2017


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.