6 Jun 2017

Pembuli Zulfarhan Disiasat Di Bawah Seksyen 302, Hukuman Gantung Sampai Mati Jika Sabit Kesalahan


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan jika disabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.
Zulfarhan yang juga pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia akibat didera rakan dengan seterika wap pada Khamis lalu.  
Untuk membantu siasatan, pihak polis telah menahan reman 36 suspek yang terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat lagi daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Mahkamah Majistret Sepang juga telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari kepada suspek setelah penuntut Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu meninggal dunia pada jam 10 malam Khamis. 
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, beberapa rakan mangsa telah menghantarnya ke hospital untuk rawatan kerana mengalami kecederaan melecur dan lebam.
“Tangkapan telah dijalankan ke atas 36 orang mahasiswa yang berusia 20 dan 21 tahun.
“Mereka terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten),” jelasnya.

Sumber : Malaysia Gazette


Sumber : AstroGempak

  :- Siapa yang bersalah? Siapa yang patut dipersalahkan? 

2 ulasan:

  1. Bila kita terlalu mengikut amarah ni la jadinya..hilang nilai2 kemanusian dalam 36 pelajar tu...tak seorang pun rasa kesian ke..Subhanallah moga kita dijauhkan sifat sebegini..AlFatihah untuk Allahyarham Zulfarhan

    BalasPadam
  2. sampainya hati diorang kan,takkan takde perasaan belas kasihan bila orang dah meronta² macam tu..moga mereka terima pembalasan yang sepatutnya..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.