7 Julai 2017

Tips Menghabiskan Semester Dengan Jayanya



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pengajian selama satu semester bermula daripada awal bulan Mac sehingga hujung bulan Jun telah pun berakhir. Alhamdulillah. Ianya merupakan salah satu semester yang sangat memenatkan aku baik dari segi fizikal mahupun mental. Jadi , aku nak berikan beberapa tips kepada rakan-rakan untuk hadapi semester. 


KAWAN

Semester ini banyak aku belajar tentang cara berhadapan dengan rakan-rakan yang pelbagai ragam. Ada rakan yang mahu menggunakan kita untuk menyiapkan kerjanya. Kawan yang sebegini sepatutnya dinasihatkan supaya berdikari. Tak semua benda perlu disuap.
Ada juga jenis kawan yang mencari kita hanya apabila perlukan sesuatu. Selepas dapat apa yang dihajati , terus menghilangkan diri. Bagi aku , jenis yang sebegini perlu dihindari. Aku selalu dapat kawan yang macam ini. Tapi , aku masih lagi tolong apa yang patut. Biarlah kalau dia nak larikan diri selepas itu ke apa ke, asalkan aku bahagia.


PENSYARAH

Hubungan dengan pensyarah perlu dijaga. Sama ada kita suka atau tidak dengan pensyarah itu , kita kena pastikan kita berada di kalangan yang disukai. Contoh , aku ada satu subjek yang aku tak suka bila datang kelas , sebab kelas itu sangatlah bosan. Bosan disebabkan gaya pensyarah mengajar.Tapi aku tukarkan situasi itu dengan menggangap aku belajar untuk ilmu yang diberikan walaupun dalam hati masih lagi mengutuk bagai. Haha. Nak buat macam mana kan? 

IBU BAPA

Hubungan dengan ibu bapa sangat penting. Sebagai anak , kita hendaklah sentiasa tanya khabar tentang ibu bapa kita. Sentiasa berhubung melalui aplikasi yang ada dalam smartphone masing-masing. Bukannya susah. Bila tiba musim peperiksaan , mintalah doa daripada mereka. In shaa Allah akan rasa lebih tenang ketika menghadapi peperiksaan. Macam aku sendiri , bila ada presentation atau peperiksaan atau performance , aku akan whatsapp semua ahli keluarga aku supaya berdoa agar aku boleh buat dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah aku berjaya hadapi semuanya dengan lancar.

ASSIGNMENT

Salah satu sikap yang ada dalam diri pelajar termasuk aku sendiri adalah suka buat kerja last minute. Selalunya bila ada masa seminggu lagi daripada tarikh submit , aku selalu akan buat pada dua hari sebelum pada tarikh submit. Tapi , untuk semester ini , aku cuba buat awal-awal bagi setiap assignment yang diberikan. Alhamdulillah , aku dapati semua kerja aku dapat disiapkan lebih awal , ada juga kerja yang dapat diperlihatkan kepada pensyarah untuk dinilai terlebih awal sebelum dihantar. 
Sekurang-kurangnya , bila aku dah buat awal kerja-kerja yang diberikan, aku akan ada masa untuk melakukan kerja-kerja bagi subjek lain. Jadi , aku dapat jimatkan masa di situ.


.....................................................................


Sekian sahaja tips yang dapat aku berikan. Sememangnya aku masih lagi akan bergelar pelajar bagi satu semester sahaja lagi. YA , akhirnya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum aku menyelesaikan kursus degree ini. Alhamdulillah. Terima kasih semua.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah bgs tips ni. semoga mjadi amalan kepada para student d luar sna dgn jayamya. Insyallah =)

    Salam aidilfitri =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, bila kita sudah pandai menguruskan hal diri sendiri bermakna kita semakin matang dalam kehidupan... Tahniah Aeril...

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.