14 Ogos 2017

15 Penyanyi Wanita Terbaik Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Negara Malaysia sememangnya mempunyai ramai penyanyi wanita berbakat. Ianya terbukti apabila ramai penyanyi wanita telah berjaya didalam pertandingan nyanyian di luar negara. Kini, apa kata kita lihat 15 penyanyi wanita yang telah berjaya memasuki carta penyanyi wanita terbaik Malaysia.




15. Ramlah Ram




Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar , Johor. Beliau merupakan bintang kelahiran RTM , menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.
Diskografi :-
  • Album Studio : 14
  • Single : 72 
Pencapaian :- 
  • Anugerah Juara Lagu 1988 Juara Keseluruhan
  • Anugerah Juara Lagu 1988 Persembahan Terbaik
  • Lagu Terbaik , Anugerah Hits Satu anjuran RTM
14. Amy Mastura





Amy Mastura merupakan seorang penyanyi,pelakon,pelawak,komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, Amy Mastura telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan jualan album beliau mencecah 5 juta unit. 
Diskografi : - 
  • Album studio : 7 
  • Single : 45 
Pencapaian :-
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994 ,Penyanyi Wanita Popular 
  • Anugerah Juara Lagu 2000  Juara Kategori Pop Rock
  • Anugerah Industri Muzik 2003 Kulit Album Terbaik  Album 
  
13. Siti Nordiana





Siti Nordiana binti Alias (lahir 22 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Siti Nordiana atau Nana, adalah salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Nana berasal dari Felda SendayanSerembanNegeri SembilanSelain berkecimpung sebagai penyanyi solo, Nana juga dikenali sebagai pasangan duo bersama penyanyi Achik, vokalis kumpulan Spin dan merupakan rakan baik kepada Nana. Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.
Diskografi :- 
  • Album studio: 6 
Pencapaian :- 
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 ,Penyanyi Wanita Popular 
  • Anugerah Meletop Era 2017 , Penyanyi Meletop 
  • Pemenang Tempat Pertama Gegarvaganza 2 2015


12. Mas Idayu




Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu binti Mesnun (dilahirkan pada 10 Januari 1969) merupakan seorang penghibur dan penyanyi terkenal Malaysia yang sinonim dengan gelaran Ratu Gelek 45°. Beliau merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an. Anak kelahiran Johor ini merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu-lagu dangdut malar segar seperti "Cintaku 100%" dan "Senggol-senggolan,Cubit-cubitan". 
Diskografi :-

  • Album Studio :- 8   
  • Single :- 29

Pencapaian :-

  • Anugerah Industri Muzik 1998 Album Dangdut Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2000 Album Dangdut Terbaik 

11. Amelina




Norazlina Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina ialah seorang penyanyi popular Malaysia pada era 1990'an. Beliau cukup sinonim dengan irama dangdut yang disampaikan secara pop kontemporari hingga digelar Ratu Dangdut 90'an ekoran beliau merupakan antara segelintir artis wanita yang berjaya mencatat jualan keseluruhan album studio melebihi 500,000 unit. 
Diskografi :-

  • Album Studio : 3
  • Single : 28
Pencapaian :-

  • Anugerah Industri Muzik 1995 Album Pop Tradisional Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 1998 Susunan Muzik Terbaik

10. Dayang Nurfaizah





Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah (lahir 20 Julai 1981) ialah antara penyanyi wanita yang paling berpengaruh pada dekad 00-an di Malaysia. Memulakan kerjayanya pada usia 18 tahun, Dayang sudahpun mencapai status terbaik dalam arena seni suara dengan menghasilkan 7 buah album studio dan meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara.  
Diskografi  :- 
  • Album Studio : 8
  • Single : 49
Pencapaian

  • Juara Bintang RTM 1998 
  • Juara Bintang Penghibur HMI 2000
  • Anugerah Industri Muzik 2001 Lagu Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2013 Persemabahan Vokal Terbaik Wanita
  • Anugerah Juara Lagu 31, Juara Keseluruhan 
  • Anugerah Juara Lagu 29, 30, 31 ,Vokal Terbaik 
9. Sheila Majid





Datuk Sheila Majid (dilahirkan sebagai Shaheila binti Abdul Majid; 3 Januari 1965) atau juga dikreditkan sebagai Sheila dalam beberapa album terawalnya, merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia kerana kebolehan beliau menyanyikan lagu Jazz. 
Dsikografi :- 
  • Album Studio : 9
  • Single : 45 
Pencapaian :- 
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 , Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 
  • Anugerah Industri Muzik 1996 , Anugerah kembara
  • Anugerah Industri Muzik 1997 , Persembahan Vokal Terbaik Wanita 
  • Anugerah Industri Muzik 1997 , Album Pop Terbaik
8. Jaclyn Victor




Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah uatama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini.


Diskografi :- 
  • Album Studio : 7
  • Single : 35 
Pencapaian 
  • Anugerah Industri Muzik 2006 , Album Terbaik, Lagu Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2007 , Persembahan Vokal Wanita Terbaik 
  • Anugerah Industri Muzik 2012 , Persembahan Vokal Wanita Terbaik 
  • Anugerah Planet Muzik 2006, Artis Wanita Terbaik
  • Anugerah Juara Lagu 2005 , Juara Keseluruhan

7. Ella



Nor Zila binti Haji Aminuddin (lebih dikenali sebagai Ella; dilahirkan pada 31 Julai 1966) merupakan seorang penyanyipelakonpemuzik dan model yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia. 
Diskografi :- 
  • Album Studio : 27 
Pencapaian :- 
  • Satu-satunya artis Malaysia yang dipilih menyanyi lagu tema Sukan Komanwel iaitu 'Standing In The Eyes Of The World'.
  • Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak' (1998).
  • Artis Malaysia pertama merakamkan album penuh di Amerika Syarikat.
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993, Penyanyi Wanita Popular

6.Ning Baizura




Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor. Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga 
Diskografi :- 
  • Album Studio :- 12
  • Single : 60 
Pencapaian :- 
  • Anugerah Industri Muzik 1993 , Album Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2004 , Lagu Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2011 , Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik

5.Misha Omar





Samihah @ Aisah binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 5 trofi Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian
 
 Beliau berasal dari MachangKelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta .
Diskografi :- 
  • Album Studio : 3
  • Single : 21 
Pencapaian  :- 
  • Anugerah Juara Lagu 2003 , Juara Keseluruhan
  • Anugerah Industri Muzik 2016 , Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2008 , Album Pop Terbaik
  • Anugerah Juara Lagu 2016 , Tempat Kedua



4. Ziana Zain 




Siti Roziana binti Zain (lahir 2 Mei 1968; lebih dikenali sebagai Ziana Zain) merupakan seorang penyanyipelakonmodel dan Usahawan di Malaysia. Ziana bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, lalu dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya  di Asia Tenggara.
Diskografi :- 
  • Album Studio : 7
  • Single : 59 
Pencapaian :- 
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995 , Bintang Paling Popular
  • Anugerah Industri Muzik 1995 , Persembahan Vokal Wanita Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 1997 , Album Pop Terbaik
  • Anugerah Juara Lagu 1998 , Juara Kategori Balada


3. Noraniza Idris





Nor Aniza binti Haji Idris (lahir pada 27 Ogos 1968 ) atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia. Memulakan karier nyanyian sejak 1985, Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia. 
Diskografi :- 
  • Album Studio : 13
Pencapaian :-
  • Anugerah Industri Muzik 1999 , Album Pop Etnik Terbaik 
  • Anugerah Industri Muzik 2000 , Album Terbaik 
  • Anugerah ERA 2004 : Lagu Global Pilihan -




2. Yuna





Yunalis binti Mat Zarai (lahir 14 November 1986) atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik sekaligus mengetengahkan muzik rock indie. 
Pada Disember 2016, Yuna melakar sejarah apabila album Chapters berjaya membolosi carta Billboard. Album itu dipilih sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016 di dalam artikel yang dimuat naik di laman web rasmi Billboard, manakala penyanyi berprofil tinggi yang lain seperti Beyonce, Rihanna dan John Legend turut tersenarai di dalam pilihan tersebut. 
Diskografi :-
  • Album Studio : 6 
  • Single : 31 
Pencapaian :-
  • Anugerah Industri Muzik 2009 , Lagu Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik 2011 , Persembahan Vokal Wanita Terbaik
  • Anugerah Juara Lagu 27 , Juara Keseluruhan
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 & 2011 , Penyanyi Wanita Popular 


1. Siti Nurhaliza





Datin Sri Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin  lahir 11 Januari 1979) atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyipenulis lagupenerbit rakamanpengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. 
Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.  
Single sulungnya, "Jerat Percintaan" telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja.

Diskografi :- 
  • Album Studio : 16
  • Single : 94 
Pencapaian :- 
Sehingga kini beliau telah memenangi lebih 250 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 42 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records.



Bagaimana dengan carta di atas? Jika anda tidak bersetuju atau mempunyai pandangan lain , bolehlah memberikan pandangan anda di dalam ruangan komen artikel kali ini. Sesungguhnya negara kita mempunyai ramai penyanyi wanita yang berbakat. Semoga industri hiburan tanah air semakin ke hadapan.


Sekian.

11 ulasan:

  1. aku tak puashhati, kenapa no. 2 yunak, suara mcm katak, kenapa tak letak Elizabeth tan, yang nyanyi lagu Knock' Knock.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpa,kalau tak puas hati , boleh buat carta anda sendiri. kenapa yuna nombor 2? sebab dia antara yg terbaik.

      Padam
  2. semua best2...peminat setia siti nordiana..jemput singgah www.hakimramli.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh, sama. in syaa Allah akan singgah

      Padam
  3. Shila amzah?

    BalasPadam
  4. Semua artis di atas mmg best. GV pun ada bercadang nak wat entri tajuk yang sama tapi kedudukan artis mungkin berbeza. Cmner pun, GV suka baca entri senarai macam ini. Terbaik Mr Aerril. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. akan ada byk lagi carta yang akan menyusul

      Padam
  5. wowwww - hebat22222 semuanya

    BalasPadam
  6. Dato siti memang layak di gelarkan no 1 kerana suara dan keunikan vokalnya masih lagi kekal dan reputasi yg bagus tidak pernah menghampakan.

    BalasPadam
  7. semuanya berbakat dan mempunyai keunikan suara tersendiri
    JanjiKita

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.