3 Ogos 2017

Cara Kurus Dengan Cepat !



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Semua orang nak kurus.Tetapi sangat susah untuk mengurangkan berat badan. Kalau nak naikkan berat badan , senang sahaja. Bila tiba masa nak kurangkan berat, punyalah susah. Tapi anda tidak perlu risau kerana kini ada cara baru untuk kurangkan berat badan tanpa mengambil sebarang ubat kurus. Ya , cara ini sudah terbukti berkesan. Jadi , jom kita lihat bagaimana caranya.

Apa itu atkins diet?

Atkins diet ini adalah diet low carb dan high protein & fat. Diet atkins ini secara asasnya adalah mengikut pengiraan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan seharian kita. Karbohidrat dan bukannya Kalori. 

Konsep Fasa Induction

Had sebanyak 20 gram karbohidrat adalah bertuhukan untuk memastikan tubuh badan membakar lemak ,dan bukannya glukosa. Dari segi kajian sains, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan pembakaran terlebih dahulu sebelum menggunakan lemak. Jika anda mengehadkan jumlah karbohidrat kepada 20 gram atau kurang untuk jangka masa sehari, maka jumlah glukosa di dalam badan akan habis secara total dalam jangka masa 48 jam. Selepas dari 48 jam tersebut, bahan pembakaran yang digunakan di dalam badan anda adalah lemak semata-mata dan inilah cara cepat untuk menghilangkan lemak. 
4 Fasa Diet Atkins

  • Fasa 1 : Induction
  • Fasa 2 : Ongoing Weight Loss
  • Fasa 3 : Pre -Maintenance
  • Fasa 4 : Lifetime Maintenance


Induction Phase

Limitkan pengambilan karbohidrat sebanyak 20 gram sehari.


Jenis Makanan Berkarbohidrat Tinggi dan TIDAK Boleh Disentuh Langsung :-

  • Nasi
  • Roti
  • Ubi-Ubian
  • Biskut
  • Pasta
  • Mee Segera
  • Jagung
  • Bijirin
  • Tepung 


Makanan Yang Boleh Dimakan


  • Telur
  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Sayur Hijau
  • Rempah Ratus Asli
  • Udang 


Vitamin yang digalakkan untuk tenaga :

Spirulina
Multivitamin

Dicadangkan :-

Air Kosong : 3 Liter Sehari

Green Tea : Pagi dan sebelum tidur
Setiap hidangan perlu disertakan sayuran hijau untuk mengelakkan terjadinya sembelit.

Contoh menu ketika di dalam diet :

Breakfast : telur rebus 2 biji (1.2 carb)
Lunch : Ikan Goreng (0 Carb) + sayur bayam masak air 1 mangkuk (3.6 carb)
Dinner : Telur dadar 2 biji (1.2 carb)

Total 1 hari : 6 carb



Fasa induction boleh dilakukan untuk jangka masa 2 minggu atau lebih. Boleh lakukan diet sehingga 5 ke 10 kg sebelum sampai ke target impian anda. Kemudian , anda boleh teruskan dengan fasa berikutnya. Untuk memastikan diet anda berjaya , anda perlu melakukan tiap-tiap fasa dengan betul supaya anda boleh maintain dan berat anda tidak akan naik selepas anda berhenti mengikut diet ini. Fasa 4 adalah sama dengan balanced diet , oleh itu anda bolehlah meneruskan fasa 4 sepanjang hayat.

Fasa 2 :

Had 20 ke 25 gram carb sehari

Fasa 3 :
Had 25 - 30 gram carb sehari

Fasa 4 :

Had 30 - 40 gram sehari

Sumber : Twitter . @atkindiet



1 ulasan:

  1. cubalah insyallah berkesan. janji kena disiplin kan.. apa2 pun kena disiplin =)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.