2 Ogos 2017

Kabel telefon & Internet dicuri !


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mungkin ada beberapa rakan blogger yang sedar bahawa aku sudah lama tidak aktif. Sebenarnya semuanya berpunca daripada gangguan internet di kawasan kejiranan rumah aku. Kabel telefon & internet di curi oleh manusia tidak bertanggungjawab yang menyebabkan tiada wifi di rumah aku serta rumah jiran.
Aku sendiri tak faham dengan masalah orang di kawasan rumah aku. Mencuri kabel telefon untuk apa? Tak ada duit sangat ke?Tak ada kerja halal ke? Kenapa nak jadi pencuri yang menyebabkan mereka merana di neraka nanti? Apa yang aku tahu , kejadian kecurian itu dijalankan ketika semua orang tengah nyenyak tidur. Itulah ketika pencuri durjana ini melakukan operasinya.
Dapat tangkap atau tak , aku masih belum tahu. Agak mustahil dan sukar untuk mencari pencurinya kerana mereka melakukan kerja di waktu orang tengah tidur. Mungkin selepas ini kena pasang kamera CCTV di belakang setiap rumah orang. Ini merupakan kali ketiga kes kecurian kabel di tempat yang sama bagi tahun ini.

Alhamdulillah , sekarang kabelnya telah disambungkan kembali oleh pihak TM. Jadi , aku boleh kembali aktif semula untuk berblogging sementara menunggu waktu cuti semester ini berakhir. 
 Gambar Ihsan : Google image
 

2 ulasan:

  1. kabel pun nak mencuri orang sekarang nie ya..

    BalasPadam
  2. Moga pjenayah yang curi kabel ni dapat ditangkap

    Jom terjah entri CCL
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.