3 Ogos 2017

Viral Isu Artis Pukul Isteri Dalam Pantang


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gambar Hiasan

Sebenarnya aku tak nak beri komen tentang perkara ini. Sebab aku rasa benda ni remeh. Mungkin bagi sesetengah orang , isu ini penting sebab ianya adalah kisah artis. Ada juga yang menjadikan isu ini suatu yang penting supaya suami atau isteri mereka tidak melakukan atau berada dalam situasi sama seperti artis tersebut. 
Pendapat aku yang utama adalah , hal artis , semuanya mahukan kontroversi untuk hidup. Semuanya dimulakan oleh beberapa orang yang aku rasakan sengaja menjadi seseorang yang terawal menyebarkan kisah ini. 
Sebagai contoh , aku ada lihat di ruangan twitter , ada seoranh gadis cantik , yang menulis tweet tentang segala kejadian yang berlaku dalam isu ini. Semua tweet beliau di retweet ribuan kali sehingga menyebabkan orang yang tak nak ambil tahu , secara tak sengaja tahu tentang isu ini.   
 Mungkin nawaitu gadis itu baik , iaitu mahu menyebarkan sesuatu perkara yang buruk sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mengikut jejak langkah artis itu.                      
Tapi bagi aku sendiri , kenapa nak sibuk tentang hal rumah tangga orang lain? Setakat baca , dan biarkan ianya berlalu , itulah cara aku.
Seterusnya , aku lihat ada beberapa portal atau rancangan hiburan menjadikan isu ini suatu bahan yang boleh menjadikan mereka lebih popular. Ya. Disebabkan isu artis kelahiran warga Singapura ini kecoh di negara kita , sudah semestinya semua orang mahu mengambil kesempatan , daripada akhbar , berita , laman web , blog (termasuk aku) , dan juga rancangan tv.  
Apabila terbitnya tajuk-tajuk berkenaan kisah ini , maka ramai orang yang akan membaca , melihat dan seterusnya membuat tafsiran sendiri.   Apa yang aku rasakan adalah , kadang-kadang isu sebegini digunakan atau dijalankan oleh beberapa artis untuk dikenali orang ramai dalam tempoh yang cepat. 
Sebagai contoh , sebelum ini tiada siapa mengenali Afifah Nasir , kini namanya menjadi cacian satu Malaysia. 
 Akaun Instagram dan facebooknya di serang oleh semua orang. Inilah dikatakan rezeki disebalik kontroversi. Kontroversi atau gosip merupakan sesuatu yang sangat  diperlukan oleh artis yang inginkan popular dengan cepat. Jadi , aku rasa mereka berjaya dalam menjadi popular sekelip mata.   
Sebagai penutup , aku cuma ingin jelaskan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh artis tersebut sangatlah tidak baik , sama juga dengan perampas suami orang tetapi jangan dilupa , jaga kain tepi orang , kain sendiri yang terlondeh.
Sekian.

1 ulasan:

  1. tataulaa guano depa ni. jadi takuttt nak terjebak dunia rumah tangga huhu.. fobia =P

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.