10 Januari 2017

Azam Tahun Baru 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image result for 2017

Sebenarnya, aku waswas nak update entri ni , sebab dah hampir 2 minggu tahun 2017 sudah berlalu. Walaubagaimanapun , aku masih lagi belum cerita tentang azam aku untuk tahun 2017 ini. Memandangkan sekarang ini aku boleh dikatakan telah bebas daripada pengajian (walaupun sebenarnya ada satu lagi paper) , jadi aku baru boleh update tentang azam aku untuk tahun ini.
  • Dapat Ijazah Kelas Pertama
Ini merupakan impian aku. Ya, nampaknya tahun 2017 ini merupakan tahun akhir untuk aku menjadi seorang pelajar ijazah. Sebab pertama aku nak dapat ijazah kelas pertama adalah sebab aku nak banggakan semua orang. Kedua adalah sebab aku tak nak bayar PTPTN.  
  • Dapat Lesen Kereta 
Adakah ianya suatu yang memalukan jika seseorang itu berumur 22 tahun masih tidak mempunyai lesen kereta? Ya, aku masih lagi tiada lesen kereta. Bukannya sebab aku tak nak ambil tetapi kerana terdapat kekangan wang dan juga masa. In shaa Allah tahun 2017 aku akan mempunyai lesen kereta. 
  • Dapat Clarinet Baru
Ini merupakan impian aku daripada awal ijazah lagi. Aku perlukan clarinet baru untuk bersaing dengan rakan-rakan lain. Clarinet aku sekarang ini merupakan clarinet biasa dan tiada sesiapa pun pernah dengar brandnya. Pelik kan? 
  • Dapat Kerja 
Aku harap ,sebelum aku habis ijazah, aku nak kerja. Tapi buat masa sekarang, aku masih lagi tidak tahu kerja apa yang akan aku tempuhi di masa akan datang. Aku masih buntu fikir pasal benda ni. 
  • Dapat Jadi Fit & Kurus  
Aku rasa ni impian aku sejak lepas SPM. Daripada lepas SPM sampai sekarang berat badan aku naik. Naik dalam situasi yang sangat mendadak. Aku harap dapat lah aku kembalikan berat aku seperti dahulu, buat masa sekarang, aku sedang berjinak-jinak ke dalam larian. 
  • Dapat Banggakan Family 
Akhir sekali, aku berharap agar aku dapat banggakan family aku dalam apa jua yang aku ceburi. In shaa Allah, aku harap semua yang aku lakukan pada tahun ini akan menjadi suatu yang membanggakan kepada keluarga aku. 

Bagaimana dengan azam tahun baru anda? 
Read more ...

Panduan Pembelian Tiket Keretapi ETS



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Memandangkan cuti semester semakin hampir , jadi aku akan pulang ke kampung. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masanya sudah tiba untuk aku pulang ke kampung. Jadi , aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan keretapi ETS. Buat pertama kalinya aku menaiki keretapi untuk pulang ke kampung halaman.
Hari ini aku nak kongsi dengan anda semua bagaimana untuk membeli tiket keretapi ETS. Sebenarnya ada beberapa cara untuk membeli tiket ETS ini iaitu melalui pembelian di kaunter dan juga secara online. Alang-alang aku sudah berada di KL Sentral , jadi aku memilih untuk membeli di kaunter ETS sahaja.

Pertama sekali, anda harus memikirkan tentang destinasi anda dahulu. *klik gambar untuk lebih besar Gambar di atas adalah senarai stesen yang terdapat di laluan ETS ini.
Seterusnya , apabila anda sampai sahaja di KL Sentral, sekiranya anda berada di ruangan bawah , anda perlu naik ke tangga di bahagian KL Sentral dan BUKAN tangga ke NU Sentral. , seterusnya anda akan melihat kaunter ETS berada di bahagian kanan.  


Seperti di dalam gambar di atas , ianya adalah kaunter ETS di mana anda akan diberi nombor giliran. Konsepnya adalah sama seperti anda berada di bank atau pejabat pos. Di kaunter tersebut, anda akan ditanyakan soalan berkenaan tarikh anda mahu bertolak , dan juga destinasi anda.
Ianya bertujuan untuk memastikan tiket dan train pada hari itu masih available. 


Setelah menunggu beberapa minit , tanpa anda sempat melihat smartphone anda, nombor giliran anda akan dipanggil. Pertanyaan yang sama akan ditujukan kepada anda. Di kaunter inilah anda perlu membuat pembayaran dan pertanyaan secara langsung kepada pegawai yang bertugas.
Macam aku sendiri , aku mahukan tempat duduk yang menghadap ke arah utara kerana aku tak mahu menghadap selatan kerana akan pening. Jadi , pegawai tersebut akan membantu memilih kedududkan yang selesa. 


Gambar di atas pula adalah tiket yang telah aku beli. Sangat cepat dan mudah sahaja. Tak perlu tunggu lama di kaunter.
Sekian sahaja tutorial cara-cara membeli tiket ETS di kaunter KL Sentral. Aku harap ianya bermanfaat untuk anda semua. Untuk sebarang pertanyaan , anda boleh tinggalkan soalan di ruangan komen di bawah.
 Sekian.

Read more ...