11 Januari 2017

Lenovo Vibe S1 Lite



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini aku nak cerita tentang smartphone pilihan aku buat masa kini. Aku rasa semua orang ada minat mereka masing-masing terhadap smartphone, sama ada mereka sudah memiliki ataupun masih belum memiliki smartphone pilihan.
Macam aku sendiri , buat masa ini aku sedang menggunakan smartphone jenama Lenovo A889 keluaran tahun 2014. Bagi aku phone ini setakat ini takda membuat masalah sangat. Cuma aku terkilan sebab masa aku beli phone ini , aku lupa pasal camera selfie. Camera selfienya adalah VGA.
"Video Graphics Array. A standard resolution (size) forcamera sensors, displays, photos, and videos. VGAsize is 640 pixels wide by 480 pixels tall (or vice-versa in portrait orientation). VGA is larger than CIF, QCIF, and QVGA, but smaller than 1 megapixel. (VGA is equivalent to 0.3 megapixel.) "
Maksudnya disini , camera selfienya tak sampai 1 megapixel. Kalau nak selfie, gambarnya sangat buruk. Jadi, aku sekarang ini sedang mencari smartphone yang mempunyai camera yang bagus dan juga mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik daripada smartphone sekarang. 

LENOVO VIBE S1 LITE





Processor

MTK 6753 octa-core 1.3GHz
Operating System

AndroidTM 5.1 Lollipop

Dimensions (HxWxT
145 x 71 x 8.6 mm

Weight
129 g
Battery                          

2700 mAh (Li-polymer), embedded

Battery Life

Talk Time   : 18 hrs

 Standy Time : 225hrs
Intergrated Camera

Rear 13MP PDAF

Front : 8MP with 5-piece lens and Sony sensor (1.4um/pixel)
Sound
 0.7W Speaker
Ports
microUSB v2.0

Memory
RAM: 2GB LP DDR3

ROM: 16GB eMMC built-in storage

Expandable: Up to 32GB microSD
Sensors

Gravitation, Proximity, Light, E-Compass
Display

5.0" IPS wide-view Full HD (1920X1080), 440ppi
Color

Matte white Matte blue
SIM

Dual SIM (Micro SIM + Nano SIM)*





 Perfect For Selfies in Low Light Conditions
The Lenovo Vibe S1 Lite smartphone makes you the center of attention, even in the dark. Its 8 MP front camera with low-light BSI sensor, built-in selfie flash and 5-piece lens for zero-distortion, is designed to take selfies in the dark and low light conditions. What’s more it’s also equipped with a 13 MP phase detection autofocus (PDAF) rear camera and dual LED CCT rear flash. 

Ergonomic Design, Comfortable Feel
The Vibe S1 Lite is a beauty to behold. The ergonomically designed curved rear panel gives the S1 Lite the elegant look & feel you need to stand out from the crowd. And at just 129 grams, this sleek smartphone will feel comfortable in the hand and like a feather in your pocket.
 Vibrant Visuals
The Vibe S1 Lite features a 5.0″ IPS wide-view Full HD display at 440ppi. Relive all your memories with pin-sharp photos and videos, even in bright sunlight. This smartphone is also ideal for gaming.

Blazing 4G Connectivity & Dual SIM
In addition to supporting LTE (4G) networks and Bluetooth® 4.0 LE, the Vibe S1 Lite offers download speeds of up to 150Mbps – helping websites, apps, and games reach their full potential. What’s more, if you prefer to keep work and play separate, the dual SIM configuration gives you the option of having two numbers in one smartphone.
All Day Battery Power
Fueled by a 2800mAh Li-polymer battery, the Vibe S1 Lite is perfect for your active lifestyle. Whether you’re big on social media, gaming or just chatting, this smartphone won’t slow you down.
Exceptional Performance
The Vibe S1 Lite’s 64-bit MediaTek® MT6753 octa-core processor delivers the optimal balance of performance and power. Boasting 2GB of RAM, this smartphone reacts to every swipe at the speed of light, and shows no hesitation while running the most graphic-intensive 3D games.
Android™ 5.1, Lollipop
The Android™ Lollipop operating system includes a host of new features, a visual overhaul, and numerous under-the-hood improvements to make it faster, more efficient, and lighter on your battery. It also works perfectly with all your favorite Google apps.
Impressive Memory & Storage
With 2 GB and 16 GB of built-in storage space – expandable by another 32 GB with a microSD card – you can take all your photos, music, games, and videos wherever you go.
Lenovo DOit Apps
Do more with your S1 Lite through preloaded apps like SHAREit. It lets you rapidly share files wirelessly across PC, smartphone, and more without network charges or a WiFi connection. In addition, SYNCit lets you back up and restore contacts, SMS messages, and call logs.


Kesimpulannya, aku berharap agar aku ada wang secukupnya untuk beli smartphone pilihan aku ini. Buat masa sekarang, aku masih lagi menggunakan smartphone lama, selagi belum rosak , selagi itu aku akan guna. In shaa Allah. 
Read more ...

Ulasan Muzik Video Dirgahayu Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada Anugerah Industri Muzik ke 22 yang lalu , semestinya semua rakyat Malaysia yang menonton akan ingat pada persembahan paling epik oleh dua insan seni negara iaitu persembahan lagu Dirgahayu oleh Dato Siti Nurhaliza dan juga Faizal Tahir. Persembahan itu adalah unik kerana muzik videonya juga dilancarkan pada masa yang sama.
Jadi, kali ini jom kita lihat dan  ulas tentang muzik video yang telah dihasilkan oleh pihak pengurusan Faizal Tahir dan juga Dato Siti Nurhaliza.

Pertama sekali , jom kita lihat dulu video muzik Dirgahayu. 

Anda dah tengok video di atas? Okey, jom kita kupas satu persatu.



Di awalnya video yang hanya memperdengarkan kata-kata indah daripada mereka berdua, silih berganti. 
Cinta,
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia,

Ia laksana setitis embun yang turun dari langit,

Cinta tak semestinya memiliki,

Cinta mengajar kita saling menghargai,

Cinta yang sejati,

Cinta yang takkan mati,

Dirgahayu cinta 
Bagi aku sendiri , kata-kata yang dilafazkan telah memberi gambaran keseluruhan tentang lagu ini. Bagaimana penceritaan dalam lagu ini telah berjaya ditonjolkan oleh dua legenda muzik negara ini.

Si wanita sedang termenung jauh ke luar melihat pemandangan dan juga memikirkan perasaan yang terpendam di hati.
Di bahagian seterusnya , kita dapat lihat bagaimana kesan khas telah ditambahkan dengan sangat baik .Sebenarnya , untuk mereka yang kenal dengan kawasan ini, di bahagian background nya adalah kawasan Kuala Lumpur ,sepatutnya terdapat bangunan tinggi dan bukannya gunung ganang.


Di sini kita dapat lihat kedua-dua pasangan bercinta ini  sedang termenung jauh memikirkan tentang cinta mereka yang tidak kesampaian. Ianya bagaikan memberi penceritaan jelas bagi aku bahawa mereka ini bercinta tetapi terdapat suatu entiti yang menghalang percintaan mereka. 


Kelihatan si wanita menaiki tangga dengan baju yang sangat gah , kain berjurai-jurai yang memberi makna kemegahan dan simbol cinta. Apa yang aku dapat gambarkan adalah bagaimana si wanita itu mencari si lelaki dengan menaiki tangga yang sangat antik itu. 


Si lelakinya mengekori tetapi tidak dapat mengejar dengan pantas. Aku dapat lihat yang si lelaki ini sedang mencari wanita tetapi masih tidak jumpa. Mungkin seperti hanya kelibat sahaja yang telah si lelaki nampak.


Di bahagian ini bermulanya suara wanita kedengaran. Di sini aku anggap bahawa si wanita sudah mula mengeluarkan perasaannya yang terbuku selama ini. Bercerita mengenai takdir, mengenai percintaat yang tidak kesampaian.


Si wanita ini mencuba untuk memahami  pada suatu hari nanti bahawa semuanya telah ditakdirkan tetapi dia juga menyatakan bahawa walau apa yang terjadi , cinta mereka tidak akan mati. 
Di bahagian ini , terdapat satu lagi kesan khas iaitu pada dinding di atas Dato Siti Nurhaliza. 


Sekali lagi , babak ini menceritakan tentang si wanita itu sedang mundar mandir memikirkan masalah percintaannya. Bagi aku ianya sangat bijak kerana menggunakan bangunan yang sangat megah dengan situasi sebegitu , lagilah penceritaan nya semakin jelas.


Kemudian , si lelaki pula masih mencari-cari kelibat wanita itu. Sekali lagi, ianya hanyalah seperti perasaan sendiri si lelaki bahawa wanita itu berada di situ, efek kain itu sangat bijak. Kain itu seperti faham bahawa si lelaki sudah berada di situ , jadi ia terpaksa melarikan diri secepat mungkin.


Di bahagian ini , walaupun mereka sebenarnya berada bersebelahan tetapi mereka sepertinya berada di dunia yang berbeza. Mereka bercerita dan meluahkan perasaan tetapi mereka tidak dapat disatukan dan cinta mereka terhalang.


Di bahagian ini ,dapat dilihat bagaimana kedua-dua mereka berada di tempat yang berbeza tetapi dekat di hati dan perasaan mereka.


Di pengakhirannya , mereka menerima segala ketentuannya tetapi mereka pasti bahawa pasti akan ada sebab terhadap cinta mereka yang terhalang.


Muzik video berakhir dengan grafik ini.

Secara keseluruhannya , bagi aku muzik video ini sangat mendalam untuk difahami. Mungkin setiap tafsiran oleh mereka yang melihat adalah berbeza, tetapi bagi aku sendiri, tafsiran aku adalah mudah. Bahawa mereka berada di dalam bangunan yang sama , tetapi terperangkap dalam masalah cinta yang mungkin tiada jodoh namun cinta mereka tetap mekar.
Tahniah aku ucapkan kepada pengarah muzik video ini  iaitu Syahir Ismail dari LOKALAB kerana berjaya mengarah muzik video terbaik di tahun 2016. Tahniah juga kepada team Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza kerana menghasilkan kolaborasi terbaik Malaysia yang pernah ada setakat ini.
Sebagai penutup , aku mengharapkan tahun 2017 memberi nafas baru dalam dunia muzik tanah air. In shaa Allah , semoga semakin banyak penghasilan naskhah lagu yang berkualiti tinggi dan bukan sekadar mahu menjadi pelengkap sahaja tetapi menjadikan muzik tanah air semakin naik, naik dan naik. 

Read more ...