16 Januari 2017

PENCARIAN BLOGLIST FEBRUARY 2017 by huhahuhajerr.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai tanda sokongan terhadap rakan blogger, aku telah menyertai pencarian bloglist Februari 2017 oleh blog huhahuhajerr.com. Sebuah pencarian yang ringkas , hanya perlu buat entry dan follow dan ikut beberapa syarat sahaja. Kepada mereka yang nak join, boleh klik gambar di bawah ini.




Ari ni bermula lagi Pencarian Bloglist February pulak. Aku harap bertambah ramai yang join. Lebih-lebih lagi blogger yang masih belum follow blog aku ni. Yang dah follow blog aku ni pun boleh dan sangat digalakkan menyertai blog aku ni. Biar bertambah meriah lagi Pencarian Bloglist February aku  kali ini.... hehe!

PENCARIAN BLOGLIST FEBRUARY 2017 by huhahuhajerr.com
PENCARIAN BLOGLIST FEBRUARY 2017 by huhahuhajerr.com

PENCARIAN BLOGLIST FEBRUARY 2017 
Macam pencarian bloglist yang lepas, aku akan pilih 10 blog duduk di bloglist selama sebulan. Sekiranya penyertaan menjangkau 30.... aku bagi 1 hadiah misteri. Apabila peyertaan menjangkau 50.... aku tambah 1 lagi hadiah hadiah misteri. 
Begitulah seterusnya sekiranya penyertaan menjangkau 100. Jika tak sampai tahap penyertaan, hadiah misteri akan dibawa pada pencarian akan datang. So,jangan lepaskan peluang ini. Ada 3 hadiah misteri yang disediakan. All Malaysian Bloggers di jemput memeriahkan pencarian ini.
Ikuti langkah-langkah pencarian ini :
1. Follow blog INIINI dan INI
2. Add facebook INI, like fb page INIINI dan INI
3. Follow Instagram INI dan INI
4. Follow Twitter INI
5. Letakkan link blog ini dalam bloglist masing-masing
6.  Buat satu entry bertajuk "PENCARIAN BLOGLIST FEBRUARY 2017 by huhahuhajerr.com"
7. Masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut, linkkan banner tersebut ke entry ini
8.  Masukkan entry yang dah selesai tu di ruangan komen blog ini.
9. . Siap!
**Pemilihan akan dilakukan secara rambang tapi akan juga di nilai melalui keaktifan blog dan memenuhi semua syarat diatas.... 
p/s : Serta tambah satu lagi hadiah misteri kepada yang berjaya duduk di bloglist ini 3 bulan berturut-turut.
Sekian terima kasih.
Read more ...

Masih dalam perancangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ni aku agak sibuk dengan urusan keluarga. Pagi tadi aku ke klinik kesihatan di Merbau Pulas, Kulim Kedah. Apa yang paling aku tak suka terjadi iaitu MENUNGGU. Aku tak suka menunggu tambah-tambah bila mana di tempat tersebut penuh dengan orang ramai.
Kemudian di sebelah petang pulak aku sibuk dengan urusan sendiri iaitu tidur. Haha, sememangnya sudah lama aku tak tidur sebegitu lama. Ye la, memandangkan pengajian selama semester lalu yang sangat memenatkan, nak tidur pun masih teringat tentang assignment.
 Giveaway
Walaubagaimanapun , rancangan aku tentang ingin membuat giveaway masih lagi berjalan. Sponsor masih lagi dicari walaupun sudah ada sponsor yang mula memberikan respond mereka. Kepada mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada sponsor bolehlah terus ke facebook aerillhassan,com untuk berurusan di sana.
Giveaway nanti akan diadakan secara simple sahaja. Aku pasti dan janji bahawa tidak akan ada sebarang syarat yang susah dan membuatkan korang tak nak join. Untuk masa sekarang ini, aku sedang menyiapkan entri-entri berkenaan giveaway tersebut dan masih lagi menunggu kalau-kalau ada sponsor baru.

Sekian terima kasih. 
Read more ...

Makan di Sistur Butik & Kafe , Kulim.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini aku nak bercerita tentang restoran yang menyediakan makanan yang sedap pada harga yang sangat memuaskan. Petang semalam, aku sekeluarga telah ke restoran Sistur Butik & Kafe yang terletak di bandar Kulim. Lokasinya terletak betul-betul berhampiran dengan sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang di kawasan bandar Kulim.

Gambar di atas adalah suasana di dalam restoran tersebut. Agak hipster.


Di atas adalah milkshake caramel yang di pesan oleh kakak aku. Rasanya boleh tahan dan sedap memandangkan aku sendiri adalah penggemar caramel. Apa-apa sahaja yang berperisa caramel akan aku beli dan makan.


Ini adalah menu yang menjadi pilihan ramai iaitu Nasi Goreng Chicken Chop. Bagi aku sendiri, ianya sangat berpatutan dengan harga yang hanya RM 9.90, sememangnya sangat berbaloi. Keluarga aku tak suka pergi ke restoran yang fancy atau yang high class, cukup sekadar restoran biasa-biasa sahaja, jadi restoran ini memang menepati cita rasa dan juga kos yang perlu dikeluarkan.


Gambar di atas adalah Nasi Goreng Lamb Chop.


Akhirnya, selesai makan. Untuk servis, bagi aku ianya bagus. Mungkin kerana ketika itu restorannya baru sahaja dibuka dan pelanggannya masih tidak ramai. Suasana di dalam restoran jugak selesa dan tak panas sangat dengan cuaca panas ketika ini.


Ini adalah gambar di hadapan restoran tersebut, kelihatan dalam gambar juga adalah ayah dan adik aku. Jadi , kepada mereka yang berada di sekitar kawasan Kulim , anda bolehlah ke restoran ini yang terletak di jalan menuju ke Bukit Mertajam.



Untuk maklumat lanjut , anda boleh ke page mereka :-


Read more ...