2 Februari 2017

Sayang Adik Beradik


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Ini adalah adik aku. Namanya Nura Addlyana bt Hassan. Umur 17 tahun , sekarang belajar di Maktab Rendah Sains Mara Tunku Ghaffar Baba, Jasin , Melaka. Beza umur antara aku dengan adik aku adalah 5 tahun. Boleh dikatakan aku tak rapat sangat dengan mana-mana adik aku. Sebab kalau kat rumah selalu bergaduh.
Bergaduhh?

Yang pasti , aku lah orangnya yang memulakan pergaduhan tersebut. Ia akan berakhir apabila sala seorang menangis & yang pasti aku tak nangis masa bergaduh. Daripada kecil sampai sekarang , masih bergaduh. Tapi sekarang rindu nak bergaduh.
Jarak..

Sekarang jarak yang memisahkan. Kalau dulu , semua adik beradik tinggal dan bersekolah di kawasan sama , tetapi sekarang semua dah duduk asing-asing. Walaupun baru zaman sekolah menengah. Adik aku yang kecil tinggal & sekolah di Kulim, adik aku yang besar tinggal & sekolah di Melaka, aku tinggal & belajar di Shah Alam , kakak aku tinggal & kerja di Pulau Pinang.

Jadi , bila je masa nak berjumpa? Aku rasa time yang sesuai adalah masa raya. Masa tu semua orang cuti. Aku rindu masa kecil-kecil dulu. Takda nak fikir pasal rindu adik beradik ke apa ke , sebab tiap-tiap hari jumpa. Kini , semuanya berubah. Jujur aku cakap , aku rindu adik beradik aku.

Sekian , terima kasih. 
Read more ...