13 Februari 2017

First Time



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ni nak cerita tentang first time. Apabila tinggal di Kedah ,  bahagian pendalaman, iaitu tempat yg kurang modern berbanding Kuala Lumpur , pelbagai benda baru akan dirasai oleh seseorang yang berhijrah ke bandar.
Contoh terdekat adalah , semalam merupakan pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke kedai Starbucks. Mungkin ada orang akan cakap bahawa di Kedah juga terdapat kedai Starbucks  , tapi aku tak pernah jejakkan kaki kerana aku tak mampu.
Lihat pada senarai harga pun dah boleh buat aku nangis. Aku bukanlah datang daripada keluarga berada yang mampu untuk menghabiskan perbelanjaan untuk harga sebegitu.
Makan dan minum di kedai paling murah menjadi keutamaan. Beli pakaian harga bawah RM10 telah menjadi kebiasaan. Walaupun kadang-kadang tetap membeli pakaian mahal tetapi bukan selalu. Bukan nak tunjuk bahawa keluarga aku hebat , tapi aku nk beritahu situasi sebenar family aku.
Ada kawan- kawan  aku yg pergi mall, shopping barang di kedai yang branded. Aku hanya mampu tengok dan ikut sahaja, nak beli? Mungkin tidak. Aku respek dgn org yg mampu kerana mereka berjaya menjadi seorang yg berjaya.
Tapi buat masa sekarang aku selesa utk berbelanja secara sederhana. Tak perlu ke kedai mahal kalau barang yg kita nak tu ada di kedai murah? Betul tak?
Read more ...

Nak Blog Di Review Secara Percuma? Lihat entri ini ..



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Satu segmen ringkas dan mudah telah dilancarkan di facebook www.aerillhassan.com. Segmen itu adalah segmen review blog bertuah. Bermakna hanya yang bertuah sahaja yang akan direview. Walaubagaimanapun sebenarnya semua peserta akan direview jika mereka mengikut segala syarat yang telah ditetapkan.
Syaratnya mudah , hanya perlu LIKE page tersebut, tinggalkan link url blog anda dan tag 3 rakan yang mempunyai blog. Mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh sertai segmen mudah ini.
Kepada anda yang nak blog anda direview secara percuma , boleh klik gambar atau link di atas. Terima kasih.
Read more ...