16 Mac 2017

Restoran JM Bariani : Enak & Lazat



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapa pernah dengan JM BARIANI? Buat pengetahuan semua , ini merupakan kali pertama aku dengar nama restoran ini. Bila dengar nama , sudah pasti anda tahu apakah makanan utama yang disediakan di dalam restoran ini? Ya , sudah semestinya nasi beriyani atau di sini di panggil nasi bariani.


Restoran yang aku pergi ini terletak di Tesco Shah Alam. Mungkin ramai yang tahu bahawa Shah Alam ada dua pasaraya Tesco , restoran ini terletak di Tesco yang agak kecil. 
Macam mana aku boleh datang ke restoran ini? Ceritanya adalah ianya terjadi apabila aku dan pensyarah aku sedang mencari restoran untuk makan tengahhari. Alhamdulillah, di sebelah mesin ATM sahaja , kami memilih untuk makan tengah hari di restoran ini. 


Suasana dalam restoran yang aman , apa yang mengejutkan aku adalah baru sahaja order makanan dalam jangka masa 2 minit , makanan kita sudah sampai! Pantas sekali servis di sini. 


Makanan yang aku pesan adalah Nasi Bariani Ayam Merah bersama air sirap bandung. Alhamdulillah , rasanya sangat sedap dan berpatutan dengan harganya. Kepada anda yang tinggal di Shah Alam , atau di sekitar Lembah Kelang , bolehlah datang ke restoran ini untuk menikmati makanan enak ini.

Sekian. 

Read more ...

Keputusan SPM 2016 | Ranking SBP



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanggal 16 Mac 2017 merupakan tarikh keramat bagi semua pelajar lepasan SPM 2016. Ia merupakan tarikh keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah, keputusan pada tahun ini agak baik daripada tahun sebelumnya.
Aku merupakan seorang pelajar lepasan Sekolah Berasrama Penuh , jadi ranking bagi sekolah-sekolah berasrama penuh sangat penting. Walaupun sudah lama meninnggalkan sekolah , tetapi sifat bangga terhadap sekolah masih ada. Kepada anda yang juga merupakan lepasan SBP atau mempunyai anak di SBP bolehlah lihat senarai ranking SPM bagi Sekolah Berasrama Penuh.





Mana satu sekolah aku? Aku dulu bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin , Bukit Mertajam , Pulau Pinang. Alhamdulillah , di kedudukan yang agak bagus. Tahniah kepada sekolah Kolej Tunku Kurshiah ataupun TKC kerana menjadi tempat pertama bagi keseluruhan SBP.

Tahniah!! 

Read more ...

Review Blog Group 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera






Tanpa membuang masa , aku menunaikan janji aku pada segmen yang berlangsung kira-kira 2 minggu yang lalu iaitu segmen review bog bertuah. Semua pemenangnya sudah diumumkan dan kini adalah masanya untuk blog-blog ini direview.

Sebelum memulakan acara , aku ingin meminta maaf jika review yang aku berikan ini tidak menepati cita rasa anda. Ianya adalah pendapat aku semata-mata dan pendapat aku tidak bermakna blog aku bagus, ianya hanyalah pendapat. Lain orang , lain pendapatnya betul tak? 



Review :-

1.  #JMBELOG




https://belogsjm.blogspot.my/

Sebuah blog menarik yang dinamakan #JMBELOG. Bagi aku sendiri , beliau merupakan blogger yang sangat rajin. Rajin dalam menukar template blognya. Selain itu , blog ini sangat ringkas. Tiada widget mengarut yang diletakkan di struktur blognya. Manakala setiap entrinya begitu memberi manfaat kepada semua pembaca.
Entri yang aku suka adalah entri https://belogsjm.blogspot.my/2017/03/selama-kita-hidup-pernah-tak-kita.html  , entri berkenaan solat yang merupakan kewajipan setiap muslim. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi , anda boleh klik pada gambar di atas untuk ke blog yang menarik ini.

2. Kisah Hidup Ku



Blog berwarna hijau ini merupakan blog yang dimiliki oleh saudari Hani Fadhlina Abdul Rahman. Warna hijau membuatkan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini terasa begitu selesa dan tenang mata memandang.  Apa yang menarik adalah 'loading' blog ini agak pantas. Bagaimana ye? Mungkin ada tips daripada tuan punya blog?
Selain itu , susunan widgetnya juga menarik dan tidak terlampau berselerak. Susunan widget memainkan peranan penting sebab ianya merupakan perkara kedua dilihat pembaca selepas membaca entri. Seterusnya , entri pilihan adalah entri http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2017/03/jatuh-tersungkur.html iaitu entri tentang bersyukur kepada Tuhan juga tentang beringat dalam menjalani kehidupan. Klik gambar di atas untuk blogwalking ke blog menarik ini.
3. JOM BERCONTEST


Bila melihat tajuk blog ini apa yang terfikir di dalam fikiran anda? Adakah blog ini blog yang dimiliki oleh seorang bernama contest? Sudah semestinya tidak. Pemiliknya adalah sama seperti pemilik blog di atas. Apa yang berbeza adalah tujuan blog. Mungkin pemilik kedua- dua blog ini mahu mengasingkan fungsi blog? Apa yang menarik adalah 'header' blog. Bagi aku , 'header' blog ini lebih menarik.
Selain itu , pelbagai warna digunakan di dalam blog ini menjadikan blog ini ceria. Aku rasa  semua entri di dalam blog ini adalah entri penyertaan sebarang 'contest' , pertandingan atau segmen sahaja? Kepada anda yang nak tahu mana-mana giveaway terbaru , bolehlah berkunjung ke blog ini. Klik gambar di atas.
4. BLOG ADIANIEZ



Sebuah blog yang menarik. Kalau lihat daripada 'header' blog,  ianya merupakan blog kepunyaan wanita. Warna pink telah dipilih sebagai tema blog ini. Blog ini telah bermula dari tahun 2009. Wow!! Sangat lama usia blog ini. Berbanding blog aku , yang hanya bermula pada 2010. Sekali lagi , blog ini tidak mempunyai widget yang mengarut. Selain itu , blog ini juga sangat ringkas.
Entri yang menjadi pilihan adalah entri ini http://www.adianiez.com/2009/04/renungan-untuk-para-isteri-suami.html , iaitu merupakan entri pertama kalau tak silap. Entri berkenaan nasihat dan juga renungan buat para suami isteri di luar sana. Kepada mereka yang ingin blogwalking bolehlah klik gambar. 
5. MAYYJIE



Blog yang di beri nama MAYYJIE ini merupakan blog yang dimiliki oleh blogger Noor Maizan. Kalau tak salah , beliau berumur 24 tahun. Bercerita tentang blog pula, blog ini sangat menarik. Kerana pelbagai saiz gambar  berada di dalam blog ini. Kepelbagaian ini membuatkan blog ini unik. Selain itu , setiap entri nya juga dihasilkan dengan cerita tersendiri. Susunan widget juga sangat teratur , sebagai contoh apabila 'bloglist' dan juga 'blog archive' di letakkan di ruangan yang sama iaitu di bawah blog.
Seterusnya, entri yang menjadi entri pilihan adalah entri https://missobsesi.blogspot.my/2016/10/ayat-sentap-untuk-bekas-kekasihex.html iaitu merupakan entri tentang ayat-ayat yang perlu diberikan kepada bekas kekasih. Entri yang sangat bermanfaat buat mereka yang telah putus cinta. Kepada anda yang ingin terjah ke blog ini , anda boleh klik gambar.
......................................................


Demikianlah review yang aku telah lakukan buat 5 blog untuk kumpulan pertama. Alhamdulillah , sukar untuk aku mencuri masa untuk melunaskan tanggungjawab mereview pemenang. Apa- apa pun jika anda mempunyai sebarang pandangan atau keritikan terhadap blog aku , bolehlah buat review tentang blog aku. In shaa Allah , segalanya akan aku perbaiki.

Kepada pemilik blog di atas, aku harap review aku dapat diterima baik. In shaa Allah , jika tidak keberatan mungkin anda boleh review kembali blog aku? Mungkin blog aku lebih buruk dan teruk berbanding blog anda semua?

Sekian , terima kasih.

* Nantikan review untuk kumpulan seterusnya... 
Read more ...