18 Mac 2017

Ubat Sakit Kulit Psoriasis.




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk pengetahuan semua , aku merupakan salah seorang daripada ribuan pesakit kulit psoriasis. Ya , penyakit kulit yang sukar untuk kita lihat dan ketahui. Hanya mereka yang mengalami sahaja dapat merasakan bagaimana mempunyai penyakit ini.
Aku mula perasan akan penyakit ini pada tingkatan 5 , iaitu pada tahun 2012. Sehingga kini , sudah hampir 5 tahun penyakit ini berada di tubuh badan aku. Tetapi , aku bukanlah pengidap penyakit ini secara kronik. Ianya hanya biasa-biasa sahaja. Ianya masih di tahap terkawal.

Sudah pelbagai hospital aku pergi, salah satunya klinik sakit kulit di Kulim , aku di cucuk dan perlu membayar RM300 untuk sekali rawatan. Kemudian perlu membuat rawatan susulan , malangnya kekangan kewangan menyebabkan aku berhenti rawatan di klinik tersebut. 
Seterusnya , aku pergi ke klinik kerajaan , diberikan pelbagai ubat sapu , malangnya semuanya tidak berhasil. Makin teruk jadinya pada permukaan kulit aku. 



Akhirnya aku telah jumpa ubat yang benar-benar serasi. Iaitu ubat seperti di dalam gambar. Ianya hanya terdapat di satu farmasi sahaja iaitu Farmasi Kenangan di Kulim. Jika aku pulang ke kampung halaman , pasti aku akan membeli beberapa stok untuk dibawa ke Shah Alam.
Alhamdulillah , setakat aku menggunakan ubat ini , perubahan dapat dilihat dalam beberapa minit sahaja. Kulit yang berlebihan terus tertanggal. Keesokan harinya keadaan kulit sudah seperti biasa. Tetapi ada satu kelemahan iaitu aku perlu terus menggunakan produk ini.
Jika aku tinggal selama seminggu , keadaan yang sama akan kembali. Kulit kembali menebal dan membuatkan rasa gatal yang terlampau. Apa yang pasti , penyakit ini tidak berjangkit, jadi kepada mereka yang berada berdekatan tidak akan terkena jangkitan penyakit kulit ini.

 Sekian.
Read more ...

Tiga Kasut Kegemaran



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kasut. Aku hanya mempunyai satu sahaja kasut bertutup iaitu kasut kulit hitam. Dengan kasut itulah aku ke praktikal setiap hari selama 6 minggu. Alhamdulillah , kasut itu terjaga rapi sehingga kini. Untuk semester baru , aku memilih untuk membeli kasut baru untuk dipakai bagi kegunaan ke kuliah dan sebagainya.





Kasut yang pertama menjadi pilihan aku adalah kasut Nike Janoski Max Black White Oreo. Bagi aku kasut ini sangat lawa dan menarik. Warna hitam dan putih sangat menjadi kegemaran aku.






Kasut kedua pula ialah kasut Vans Gumsole Maroon. Ini untuk kasut kegunaan harian. Aku suka warna maroon , iaitu warna yang tidak terlampau merah menusuk mata, dan juga tidak terlampu pink. 



Kasut ketiga ialah kasut Larie D. Grey. Kasut ini pula menjadi pilihan aku kerana ciri-ciri yang menarik. Seperti di bahagian tepi kasut itu ada corak kulit ular kalau diperhatikan secara dekat. Mungkin kulit ular sebenar atau tiruan?

Untuk kasut yang pertama dan kedua , aku membelinya di sebuah Instagram Online iaitu instagram barangjadi. Dimiliki oleh rakan aku , kasut-kasut yang ditawarkan sangat lah berbaloi dan berbeza daripada harga sebenar. Anda boleh lihat gambar di bawah iaitu gambar instagram tersebut. 




Manakala kasut ketiga aku beli di jualan diskaun di Aeon Mall , Shah Alam. Alhamdulillah , aku mendapat potongan harga yang sangat berbaloi-baloi. Harga sebenar dan harga yang dijual tersangatlah berbeza.
Di sini aku ingin memberikan sedikit tips dalam membeli kasut. Anda boleh membeli kasut dengan harga murah di pasaraya jika ada sebarang 'sale' atau jualan murah. Di situ anda dapat melihat pelbagai barang dijual dengan harga runtuh.

Sekian. 

Read more ...

Membeli Barangan Keperluan Clarinet



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Menjadi seorang pemuzik bukanlah senang. Tambahan pula apabila kita bermain alat muzik yang memerlukan pertukaran alat ganti setiap bulan atau setiap kali barang kita sudah digunakan. Seperti aku sendiri , aku bermain clarinet , dan clarinet yang aku guna sudah berusia 4 tahun! Sangat tua! 
Beberapa bahagian sudah mula menunjukkan usia tuanya apabila ada bahagian iaitu 'ligature' sudah mula rapuh dah patah. Bermakna aku perlu membeli 'ligature' baru untuk bermain clarinet. 
Image result for Ligature clarinet


Di dalam kotak di atas adalah ligature yang aku beli di kedai muzik yang terletak di Petaling Jaya. Agak jauh juga bagi aku untuk ke kedai muzik, iaitu perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya.
Selain itu , pemain clarinet juga perlu membeli dan menukar 'reed' setiap kali jika 'reed' tersebut sudah haus. Kebanyakan pemain clarinet akan membeli terus sekotak reed, tetapi aku hanya membeli beberapa sahaja kerana kekangan wang.  Ianya merupakan perkara penting bagi setiap pemain clarinet. 




Aku hanya membeli 2 sahaja 'reed' untuk semester ini. Mungkin hanya di awal semester, in shaa Allah jika ada wang lebih , aku akan beli lagi di pertengahan semester.


Image result for bass clarinet



Oh , lupa nak beritahu. Aku juga merupakan pemain Bass Clarinet. 'Reed' bagi clarinet biasa dan juga bass clarinet adalah berbeza dari segi saiz. Jadi , aku juga perlu membeli 'reed' untuk bass clarinet. Alhamdulillah.
Aku bersyukur kerana semuanya sudah lengkap. Mungkin ada beberapa lagi perkara yang perlu disediakan tetapi ianya tidaklah sepenting seperti perkara-perkara di atas. Hanya membeli apa yang perlu. 

Sekian. 

Read more ...