20 Mac 2017

Album Baru Dato Siti Nurhaliza 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Umum mengetahui bahawa Dato Siti Nurhaliza , penyanyi no 1 negara sedang giat menyiapkan album terbaru beliau yang dijangka akan di terbitkan pada bulan Mei 2017. Sememangnya buah tangan beliau yang terbaru menjadi sesuatu yang diimpikan oleh semua peminat beliau terutamanya.
Pencarian lagu-lagu daripada komposer telah dilakukan pada November yang lalu , dimana lebih 300 lagu telah dikumpul dan disaring untuk proses berikutnya.Sebanyak 10 lagu telah terpilih untuk dimuatkan dalam album baru ini. Tak sabar kan? 
Proses rakaman lagu ketika ini sedang berjalan lancar di mana sudah 5 lagu sudah di 'record' kan. Aku sendiri sudah mendengar sedikit teaser bagi lagu-lagu yang sudah dirakamkan , alhamdulillah , kualiti vokal beliau masih sukar digugat. Nampaknya untuk Anugerah Industri Muzik yang berikutnya sudah ada pemenangnya. :)

 Berikut adalah perkongsian daripada pengurus Dato Siti Nurhaliza sendiri iaitu diinstagram Rozisangdewi berkenaan proses rakaman lagu.


 ( Tak Perlu Ragu )


(Bersandar Cinta )


( Kau Takdirku )


( Manis Terindah )


(Segala Perasaan )

Tahniah diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza dan juga SNP kerana tak putus-putus memberikan buah tangan buat peminat. Saban tahun , konsert diadakan dan juga album diterbitkan membuatkan peminat rasa dihargai. Tips buat penyanyi lain di luar sana , kena rajin memberikan buah tangan kepada peminat , supaya peminat sentiasa rasa dihargai.
Harapannya adalah supaya album yang belum diberikan nama ini berjaya sebagaimana album-album terdahulu. Selain itu , diharapkan juga supaya lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia. Tahniah DCT & team.

Sekian, terima kasih. 
 Kredit gambar : Instagram Rozisangdewi | Instagram PeminatSitiNurhaliza

Read more ...

Impian Tercapai : Seoul Garden



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Impian aku selama setahun tercapai apabila berjaya menjejakkan kaki ke restoran Seoul Garden. Lucu kan? Impian aku hanyalah untuk makan sebanyak mungkin di restoran ini.


Sudah setahun aku mengumpul wang untuk ke restoran ini. Alhamdulillah , peluangnya tiba pada masa yang tepat. Aku bersama rakan baikku ke restoran ini di Aeon Mall , Shah Alam. Kami meluangkan masa di situ selama 3 jam.
Apa yang aku suka adalah ayam  dan daging yang disediakan. Pelbagai jenis dan sangat sedap. Selain itu , terdapat juga variasi makanan laut yang membuatkan sesiapa sahaja terliur apabila melihat. 'Dessert' yang disediakan juga sangat sedap dan lazat tetapi aku tidak mengambil dalam kuantiti yang banyak kerana terlampau manis.

Siapa lagi yang suka ke Seoul Garden?

Read more ...