21 Mac 2017

Barang dari LAZADA dah sampai !!




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Tempoh hari dalam entri Lazada Birthday Blogger Contest , aku ada menceritakan tentang dua barang yang sedang menunggu waktu untuk sampai ke rumah aku. Alhamdulillah , barang pertama telah sampai dengan jayanya. Awal pagi Isnin lagi , penghantar dari Lazada telah datang. Sangat cepat dan pantas.

Ianya hanya satu barang sahaja , manakala barang lagi satu mungkin akan tiba hari lain. Apa-apa pun aku masih belum buka lagi barang yang sampai itu, anda nak tengok? Nantikan entri berikutnya tentang barang yang aku beli.

Sekian. 
Read more ...

Lama Tak Berjumpa


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mempunyai ramai rakan merupakan satu kelebihan. Tetapi mempunyai rakan baik yang berkongsi senang dan susah bersama kita sukar dicari. Jika kita telah jumpa , sepatutnya jagalah persahabatan itu dengan betul.

Aku sendiri mempunyai beberapa rakan baik daripada beberapa zaman persekolahan. Alhamdulillah , semuanya masih sering berhubung walaupun jarak memisahkan. Ada juga rakan baik yang aku kenal ketika di universiti. Walaupun agak lambat perkenalan tetapi apabila bersama, keluar berjalan-jalan , bercerita , semuanya bagaimana telah lama kenal.

Tapi , sukar untuk aku dan rakan aku berjumpa kerana kekangan masa dan tempat. Jarak yang jauh membuatkan sukar untuk kami berjumpa. Untuk berjumpa sekali setiap bulan merupakan satu rahmat. Sukar untuk menentukan masa untuk perjumpaan. Oleh itu , jagalah persahabatan anda.

Sekian. 
 
 

Read more ...