30 Mac 2017

Ayam Goreng McD



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda dah tengok atau belum promosi yang sedang giat dilakukan oleh Mc Donald Malaysia, berkenaan ayam goreng? Siapa yang tidak terliur melihat ayam goreng berwarna keemasan seperti itu?
Ya , aku mengaku , aku bukanlah seorang penggemar makan di MC Donald. Jarang sekali untuk aku jejak ke situ melainkan ada orang mempelawa atau mengajak aku ke sana. Apa yang menarik perhatian aku adalah apabila promosi mereka yang begitu menawan. 


Ia sepertinya ketulan ayam itu memanggil-manggil aku untuk memakan dirinya. Haha, siapa yang dah cuba ayam goreng Mcd? Kalau dah cuba , boleh berikan pendapat tentang ayam goreng Mcd tak? Sebab nak tahu jugak reviewnya macam mana.


Link : https://www.mcdonalds.com.my/news/article/ayam-goreng-mcdtm-theres-nothing-like-it

Read more ...

Selesai Penghantaran Barang LAZADA



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku nak bercerita tentang Lazada 5th Birthday Sale yang berlangsung baru-baru ini. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut sertai jualan murah terhebat di abad ini. Beberapa barang telah menjadi idaman aku. Malangnya di sebabkan kekangan wang , terpaksa beli sedikit sahaja barang.
Ketika jualan itu berlangsung, aku outstation di Melaka , jadi , aku hanya membeli belah di sana sahaja dan berharap agar barang tidak sampai di rumah sewa Shah Alam ketika aku di Melaka. Kerana apa? Aku membeli barang yang hanya mempunyai Cash On Delivery.



Jadi , di dalam gambar di atas adalah beberapa barang yang telah aku pilih untuk dibeli. Alhamdulillah , kesemuanya telah selamat sampai dan didapati pada harga yang jauh lebih murah berbanding beli di kedai lain.

Untuk bercerita tentang setiap barang , akan diulas dalam entri seterusnya. Kerana sekarang ini aku gembira dengan barang-barang yang diterima. Alhamdulillah.

Sekian. 
Read more ...