2 April 2017

Hadiah Konvokesyen



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada tahun lalu , aku baru sahaja selesai bergraduasi untuk pengajian aku ketika di diploma. Alhamdulillah , aku telah mendapat Anugerah Naib Canselor pada ketika itu. Tetapi ketika itu , keluarga aku tidaklah memberi penghargaan kepada aku dan aku tidaklah meminta apa-apa sebagai ganjaran. Asalkan mereka semua ada ketika aku susah dan senang sahaja , aku rasa lebih daripada cukup.
Aku bukanlah orang yang suka meminta-minta. Tambah-tambah pula daripada keluarga sendiri. Aku sedar bahawa ibu bapa aku dah banyak berkorban demi aku , memberi wang bagi setiap bulan untuk aku belajar. Jadi , aku membalas jasa mereka dengan memberikan ANC pada mereka. Alhamdulillah.
Masuk tahun 2017 , ibu bapa aku memberikan aku sejumlah duit untuk membeli clarinet baru. Alhamdulillah. Impian aku untuk mempunyai clarinet yang baru dan sesuai dengan aku telah berjaya di capai. Walaupun bukan mereka yang membeli dan membungkus clarinet itu supaya menjadi seperti hadiah , tetapi ianya bagi aku adalah penghargaan daripada mereka untuk aku.
Ayah aku  memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun bank aku , dan aku pergi membeli clarinet di kedai muzik yang terletak di Petaling Jaya. Kalau diikutkan hati , nak sahaja aku shopping dengan dit yang ada , tetapi ianya adalah duit khas untuk clarinet. 
Jadi , di bawah adalah gambar clarinet yang telah dibeli iaitu clarinet Bb Selmer Paris Seles Prologue. Aku juga mendapat free gift iaitu stand clarinet.








In shaa Allah , dengan clarinet baru ini , aku akan berusaha seupaya mungkin untuk memajukan diri. Kalau sebelum ini , dengan clarinet yang lama , aku agak tidak bersemangat kerana clarinet aku adalah untuk beginner sahaja , tetapi kini aku sudah naikkan tahap permainan muzik aku. In shaa Allah.
Aku akan berusaha untuk membanggakan keluarga aku kerana merekalah segalanya. Di amsa aku susah, mereka yang ada di sekeliling aku, di masa aku senang , aku akan berkongsi dengan mereka. Keluarga tetap nombor satu di hati. 

Sekian. 
Read more ...

Alexa Rank 02.04.2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana ranking alexa bagi blog ini semakin memperlihatkan peningkatan positif. Nombornya semakin mengecil berbanding ranking sebelum ini. Alhamdulillah.
Global Rank

4,260,646

Rank In Malaysia

58,140

Terima kasih diucapkan buat semua blogger yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih juga kepada silent reader yang sentiasa membaca entri. In shaa Allah , dalam jangka masa beberapa bulan lagi , rankingnya akan semakin mengecil. In shaa Allah.

Untuk pengetahuan anda , aku ada membuat satu segmen pencarian bloglist untuk bulan April yang akan tamat pada esok hari. Dijemput anda semua untuk sertai segmen ini sementara masa masih ada. Terima kasih. 

Ranking terdahulu 
 

Read more ...

Jelajah Permata Seni di Melaka 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri mengenai jelajah permata snei diteruskan lagi. Kali ini aku akan menceritakan mengikut gambar-gambar yang aku sempat ambil pada jelajah kali ini.

Ini adalah ketika sectional rehearsel bersama tutor masing-masing. Boleh dilihat  bahawa mereka adalah remaja dan kanak-kanak yang sangat bijak bermain muzik. Sungguh berbakat.


Di bawah ini pula adalah panorama di dalam bilik hotel tersebut. Sangat selesa dan bersih. Aku diberitahu bahawa hotel ini baru sahaj di renovate. Alhamdulillah , nasib baik aku datang selepas di renovate.


Di bawah pula adalah latihan tutti iaitu latihan semua pemain di dalam bilik yang lebih besar.



Di bawah ini pula adalah suasana ketika di pentas Panggung Seri JKKN Melaka. 


Selepas selesai semua acara, kami satu kumpulan yang agak besar ke Zoo Melaka Night Safari.




Sekian sahaja pengalaman aku ketika menyertai program ini. Sebenarnya aku ingin menulis lebih banyak lagi ,tetapi kekangan masa dan juga ada hal lain yang agak penting. Walau bagaimanapun , program ini telah banyak mengajar aku tentang cara mengurusakan pasukan muzik , cara menguruskan sesuatu program. Selain itu , aku juga dapat belajar budaya dan cara hidup di tempat orang. 

Sekian , terima kasih. 

Read more ...