10 April 2017

Ahmad Tea : Jasmine Green Tea




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini aku akan bercerita tentang satu produk minuman teh hijau yang bagi aku sangat sesuai dengan selera aku. Zaman sekarang , ramai orang yang sudah mula mengamalkan hidup sihat dengan mengambil teh hijau sebagai minuman harian. Aku turut tidak terkecuali untuk hidup sihat dengan mengamalkan teh hijau.
Sebelum ini , aku selalunya memilih teh hijau Lipton sebagai minuman harian setiap hari. Tetapi aku tertarik apabila ada jenama teh yang bernama Ahmad Tea. Adakah ini jenama teh dari Malaysia? Atau apa? 

"Ahmad Tea is a UK-based family business, drawing on four generations of tea blending and tasting experience. Founded on a passion for the finest tea, we are dedicated to the unique place that tea drinking commands at the heart of daily life in Britain and beyond.

Ahmad Tea becomes a top 5 international tea brand and continues to grow as a family business, expanding product blends and maintaining the highest quality products across 80 countries around the world. "


Rupa - rupanya jenama ini datang dari United Kingdom! Wow! Tak sangka kan? Dari segi jenama dan websitenya, sangat boleh dipercayai. Mengenai air green tea yang aku pilih , aku memilih green tea berperisa Jasmine. Bagi aku rasanya sedap , ada rasa pahit tetapi wangi dengan bau bunga jasmine. Kepada anda yang nak cuba , boleh cari di pasaraya Giant atau boleh ke website mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

Website : https://www.ahmadtea.com 


Read more ...