11 April 2017

Romano Metro Pulse




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam entri kali ini , aku akan bercerita tentang minyak wangi berjenama Romano. Sememangnya aku menjadi penggemar minyak wangi Romano daripada tahun lepas. Sebelum ini , aku hanya menggunakan minyak wangi biasa yang harganya murah sahaja. Tetapi selepas aku mencuba membeli minyak wangi jenama Romano ini , baunya sangat sedap dan menusuk kalbu.


Dari segi harga , aku rasa sangat berpatutah iaitu pada harga RM30.00 sahaja. Walaupun harganya agak mahal (bagi aku) , tapi baunya telah menyebabkan aku tidak kisah pada harganya.  Untuk pengetahuan semua , minyak wangi aku selalunya akan habis dalam tempoh  6 bulan. Maksudnya , satu botol minyak wangi akan habis dalam jangka masa 6 bulan sahaja.


Minyak wangi jenama Romano pertama yang aku gunakan ialah Romano Prestige , iaitu berwarna hitam. Kali ini , aku mencuba bauan yang baru iaitu Romano Metro Pulse. In shaa Allah , lepas ini aku akan gunakan bauan yang lain pula.

Sekian, 


Read more ...